Tempat makan menarik yang saya ingin kongsi kali ini benar-benar menguji kesabaran perut saya. Hohoho! Hal itu demikian kerana ia cubaan kali ketiga saya mencari lokasi sebenar kedai makan yang diberi nama Rumah Cafe ini. Kalau tak silap saya, cubaan kali pertama ialah pada tahun lepas manakala usaha kedua dilakukan pada awal tahun ini. Rumah…
Kisah Tok, Mak & Lelaki Gentlemen
Baru-baru ini, saya teman nenek di meja makan selepas selesai mengisi perut bersama Ayah. Saya duduk mengadap beliau yang saya panggil Tok. Sambil tu, Ayah saya yang rajin mengemas sejak pencen pula sudah mula mengangkat pinggan mangkuk kotor ke dapur untuk dicuci. Keletang keletung bunyi di dapur. Hehehe. Saya melihat mata Tok melirik ke arah…
Etok Salai Kelantan Yang Mengasyikkan
Awal bulan ini (sekarang dah hujung bulan pun, lama betul saya tak menulis; hahaha), saya ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya jarang ke sana. Pemergian kali ini adalah bertujuan untuk melawat adik saya yang sudah lebih dua tahun mencari rezeki di negeri itu. Sejak dia mula bekerja di sana, saya belum pernah mengunjunginya. Hanya…
Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
Tahukah kalian bahawa masih ramai orang Islam yang belum membuat perancangan harta pusaka untuk ditinggalkan kepada waris dan bukan waris? Antara faktor utama yang menyebabkan berlaku perkara tersebut ialah kerana kurangnya kesedaran mengenai kepentingan menguruskan harta pusaka ketika masih hidup; sikap suka bertangguh untuk membuat perancangan harta selain tiada langsung ilmu berkaitan urusan berkenaan. Faktor-faktor…
Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah
Pada salah satu hujung minggu bulan lalu, saya bersama anak saudara, seorang sahabat serta Mak dan Ayah merancang untuk ke sebuah kolam air panas di Baling, Kedah. Sudah menjadi kegemaran Mak dan Ayah saya untuk berjalan masuk kampung keluar kampung dengan berkereta membawa kami setiap kali tiba hari cuti. Jadi, sesuai benar dengan lokasi kolam…
Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
Labu siam ialah antara sayur kegemaran Mak saya. Kebiasaannya, apa yang menjadi kesukaan Mak, berkemungkinan juga menjadi kegemaran seluruh ahli keluarga. Hal ini demikian kerana apa saja yang Mak masak dan hidangkan di rumah, kami hanya makan saja. Tak boleh memilih-milih. Paling tidak pun, menjamah masakannya sedikit walaupun kurang gemar dengan apa yang dihidangkan. Begitulah…
barutahu #1: Bilakah Waktu Sebenar Al-Quran Diturunkan?
Bilakah waktu sebenar kitab suci Al-Quran diturunkan? 17 Ramadhan atau antara 10 malam terakhir Ramadhan? Baru-baru ini saya mendengar kuliah Subuh di Masjid Ibadur Rahman, Kepala Batas, Pulau Pinang yang disampaikan oleh Imam Muda Razi. Tajuk yang disampaikan ialah Manusia & Kitab Suci Al-Quran. Dalam kuliah pendek itu, beliau menjelaskan tentang betapa pentingnya hubungan manusia…
Resepi dan Cara Masak Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai
Pertama kali masak menu ikan siakap stim limau ala Thai ini ketika Mak dan Ayah kembali dari menunaikan haji beberapa bulan lalu. Pada mulanya saya bercadang masak satu masakan utama sahaja untuk mereka iaitu ayam masak lemak cili api; namun saya teringat perbualan telefon bersama Mak ketika beliau berada di kota suci itu. Katanya, hampir…
5 Cara Peribadi Raikan Sambutan Maulidur Rasul
Tarikh hari ini bersamaan dengan 12 Rabiulawal bagi tahun hijrah 1440. Ia hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sempena hari kelahiran baginda atau lebih disebut sebagai Maulidur Rasul ini, pelbagai acara dan majlis diadakan untuk memperingati individu istimewa tersebut. Pada pandangan peribadi saya, amat wajar hari kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dan diingati khususnya oleh…
5 Tips Gembirakan Ibu Bapa Anda Walaupun Anda Tinggal Berjauhan
Kalian mungkin sudah mempunyai kehidupan berkeluarga sendiri atau berkerjaya. Semestinya juga kalian sibuk dengan urusan harian masing-masing. Namun begitu, itu bukan alasan untuk kita sebagai anak mengabaikan perasaan ibu bapa yang tinggal berjauhan atau berasingan di kampung atau dihantar ke rumah orang-orang tua (ini hakikat yang menyedihkan namun jumlahnya semakin meningkat setiap tahun). Mereka mungkin…