Skip to content
Reflect & Relax
Menu
  • REFLEKSI
  • TIPS
  • MAKAN²
  • JALAN²
  • RAWAK
  • SERVIS
Menu

5 Cara Peribadi Raikan Sambutan Maulidur Rasul

Posted on 20/11/201823/12/2018 by Nurhasyima H.

Tarikh hari ini bersamaan dengan 12 Rabiulawal bagi tahun hijrah 1440. Ia hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sempena hari kelahiran baginda atau lebih disebut sebagai Maulidur Rasul ini, pelbagai acara dan majlis diadakan untuk memperingati individu istimewa tersebut.

Pada pandangan peribadi saya, amat wajar hari kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dan diingati khususnya oleh umat Islam. Walaupun ada sesetengah pandangan kurang bersetuju dengan sambutan berkenaan namun bagi saya, asalkan ia tidak mendatangkan pembaziran dan dapat mengukuhkan ingatan kita kepada baginda selain memupuk rasa kasih kepada Rasulullah SAW, ia sudah memadai.

Jika kita boleh mengadakan sambutan khas sempena kelahiran diri, ahli keluarga, individu istimewa di sekeliling kita dan pembesar-pembesar negara misalnya, apa salahnya hari keputeraan baginda diraikan setiap tahun.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW ternyata lebih istimewa berbanding kelahiran mana-mana individu di dunia ini berikutan hadirnya baginda membawa rahmat ke seluruh alam. Baginda penyuluh jalan ke arah keimanan kepada Tuhan yang esa dan contoh terbaik bagi gaya hidup Islam yang sempurna.

Baginda jua yang mampu menyayangi dan memberi syafaat kepada umatnya yang beriman meskipun kita tidak pernah bertemu dengannya; malah baginda sanggup melalui pelbagai ujian termasuk dicerca dan dicederakan oleh penentang agama Islam ketika awal kerja dakwah baginda sekali gus mengorbankan rasa peritnya menyebarkan syiar Islam demi memastikan umatnya layak ke syurga Allah.

Ketika pelbagai pihak mengadakan sambutan khas sempena Maulidur Rasul, kita sebagai individu boleh juga menyambutnya secara peribadi. Jom kita cuba lakukan sekurang-kurangnya 5 perkara berikut setiap kali meraikan hari ulangtahun kelahiran baginda SAW.

Amalan-amalan ini boleh saja dimulakan dan dilakukan setiap hari atau pada bila-bila masa, namun mungkin ada sesetengah daripada kalian memerlukan satu hari khas seperti Maulidur Rasul untuk memulakan momentum bagi meneruskan amalan berkenaan selepas ini.

1) Lebihkan ucapan selawat & salam pada hari kelahiran Rasulullah SAW

Jika pada hari biasa, kita berselawat ketika dalam solat sahaja, apa kata pada hari ini, jumlah itu ditingkatkan di luar solat. Tetapkan sasaran bilangan lafaz selawat yang kita ingin capai mengikut kemampuan diri kita. Lafaz selawat ini boleh saja dilakukan ketika kita sedang memandu kenderaan, membuat kerja rumah dan selepas solat.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56)

2) Pilih 3 sunnah Nabi Muhammad SAW yang boleh dimulakan sebagai amalan harian atau berkala 

Kita sedia maklum, terlalu banyak sunnah (amalan kebiasaan) Rasulullah SAW yang boleh kita ikuti. Bagi mereka yang baru ingin mula mengamalkan sunnah baginda sebagai rutin harian atau berniat untuk menambah amalan sedia ada, boleh mencari sunnah yang mudah dilakukan.

Antaranya, berwuduk sebelum tidur; membaca Al-Quran dan terjemahannya; berkata perkara yang baik atau diam; solat Dhuha; berwuduk sebelum mandi hadas besar; berdoa ketika memakai pakaian; mengibas-ngibas tempat tidur sebelum lena; berbuka puasa dengan kurma; mendahulukan kaki kanan ketika memakai selipar/kasut; berbuat baik/bertegur sapa dengan jiran.

Kita juga boleh cuba mula bersolat jemaah di masjid (jika tidak mampu, pilih waktu yang tetap dan sesuai dengan kalian); bersiwak setiap kali sebelum solat; makan menggunakan tangan kanan dan mengambil lauk yang paling hampir dengan kalian; membaca doa bangun tidur; baca doa keluar dan masuk rumah; dan amalan paling mudah ialah senyum.

3) Puasa sunat

Jika 12 Rabiulawal jatuh pada hari Isnin atau Khamis, kita boleh sama-sama berusaha untuk mula mengamalkan puasa sunat pada setiap hari tersebut. Kita boleh zahirkan kecintaan kita kepada baginda SAW dengan amalan ini.

Malah, menurut riwayat Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin; maka baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (Al-Quran) ke atasku”. (Riwayat Muslim)

Hadis ini memberikan tanda bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Justeru, sekiranya Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari ulangtahun kelahirannya, begitu jugalah yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam. Ia sebagai simbol kita mensyukuri nikmat Allah yang telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW di muka bumi ini.

4) Membaca dan mendengar sirah tentang Nabi Muhammad SAW

Tak kenal maka tak cinta. Untuk mengenali lebih dekat peribadi Rasulullah SAW dan perjalanan dakwahnya, kita boleh mencari buku atau penulisan berkaitan sebagai antara usaha kita bersungguh-sungguh ingin ‘berkenalan’ dengan baginda. Pada hari ini (dan mungkin hari-hari selepas ini), kita boleh mula membaca sedikit demi sedikit perihal kisah baginda untuk dijadikan contoh serta teladan dalam kehidupan kita.

5) Berkongsi cerita dan maklumat berkaitan Rasulullah SAW kepada ahli keluarga dan rakan-rakan

Sekiranya kita membaca sesuatu yang unik tentang Rasulullah SAW atau cerita yang jarang kalian dengari tentang baginda; boleh kongsikan maklumat itu dengan orang di sekeliling kita. Ceritakan kisah baginda itu seperti mana kita teruja bercakap tentang sesuatu perkara yang menggembirakan atau menyedihkan kita (ini jika kisah baginda SAW membabitkan perjuangannya yang perit).

Allahumma Solli ‘Ala Muhammad. Semoga Allah menjadikan kita orang yang sentiasa berselawat ke atas baginda SAW dan mengamalkan perkara kebaikan seperti mana yang dianjurkan Rasulullah SAW. InsyaAllah. Ameen.~❤NH

Nurhasyima H.
Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”

Kongsikan Di:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn

Like this:

Like Loading...

Related

Hai! Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini :Cancel reply

TRANSLATE THIS BLOG

SALAM KENAL

Nurhasyima H.

Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Eks-jurnalis. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.” Right now, positivity and joy are my priorities. ❤🎈 _ Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi boleh e-mel di hello.reflectandrelax@gmail.com.

View Full Profile →

PETI SURAT

hello.reflectandrelax@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi. 🙂

Titipan Terbaru

  • Resepi & Cara Masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat
  • 7 Jenis Kesalahan Yang Dimaafkan Allah
  • Cara Mudah Untuk Teruskan Amalan Selepas Ramadhan (Ramadhan Activity Checklist)

TITIPAN HOT

  • Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
    Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
  • 51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
    51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
  • Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
    Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
  • Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
    Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
  • 5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah
    5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah

TITIPAN LALU

KATEGORI

  • JALAN² (7)
  • MAKAN² (17)
  • RAWAK (2)
  • REFLEKSI (5)
  • SERVIS (1)
  • TIPS (11)

Tags

#Allah #alquran #bertam #checklist #halal #hatyai #inspirasi #islam #jalanjalan #jjcm #jurnalseoulsisters #karipap #kedah #kembaramusimluruh #kepalabatas #koreaselatan #kuih #pulaupinang #makanmakan #muhammadsaw #puasa #ramadan #ramadhan #rawak #refleksi #resepi #seafood #seoul #tempatmakan #tempatmenarik #thailand #tok australia ibadah inspirasi membawang poskad r&r reflect sedekah solat surau sydney syukur timbangrasa tips

NAK CARI APA TU?

JEJAK

  • 72,546 hits

PENAFIAN

Isi kandungan dalam weblog Reflect & Relax ini hanya penulisan santai berdasarkan pengalaman & pendapat peribadi penulis.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kesan & akibat yang berlaku ke atas pembaca yang menggunakan mana-mana maklumat & perkongsian yang diambil daripada weblog ini.

Sebarang maklumat yang diambil daripada weblog ini untuk tujuan penerbitan rasmi dalam mana-mana medium perlu dimaklumkan kepada penulis terlebih dahulu dan/atau mesti diletakkan kredit serta pautan asal weblog ini.

Terima kasih.

Reflect&Relax

  • X
©2025 Reflect & Relax | Design by Superb
%d