Kita sering berharap supaya amalan atau ibadah yang kita kerjakan pada bulan Ramadan dapat diteruskan selepas bulan mulia itu berakhir. Jika boleh juga, amalan itu berlanjutan sehingga masuk Ramadan akan datang, andai dipanjangkan umur.
Namun apa yang sering terjadi ialah kebanyakan daripada amalan atau ‘perangai baik’ kita ketika Ramadan, lama kelamaan terhenti tanpa kita sedari.
Bagaimanapun, apakah cara atau amalan yang boleh kita mula lakukan pada bulan Ramadan yang insyaAllah boleh diistiqamahkan pada bulan-bulan seterusnya?