Skip to content
Reflect & Relax
Menu
  • REFLEKSI
  • TIPS
  • MAKAN²
  • JALAN²
  • RAWAK
  • SERVIS
Menu

Tempat Makan Menarik Di Pulau Pinang: Rumah Cafe

Posted on 31/03/201907/08/2024 by Nurhasyima H.

Tempat makan menarik yang saya ingin kongsi kali ini benar-benar menguji kesabaran perut saya. Hohoho! Hal itu demikian kerana ia cubaan kali ketiga saya mencari lokasi sebenar kedai makan yang diberi nama Rumah Cafe ini.

Kalau tak silap saya, cubaan kali pertama ialah pada tahun lepas manakala usaha kedua dilakukan pada awal tahun ini.

Rumah Cafe ini beroperasi di sebuah kawasan perumahan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Ketika kedua-dua cubaan awal itu, saya dan sahabat beberapa kali mengikut peta Google yang diberikan mereka di Facebook.

Bagaimanapun, jejak kami itu hanya mengarah kepada bahagian hadapan sebuah rumah teres yang seolah tiada penghuni di Lorong Lampam.

Pada cubaan kali ketiga baru-baru ini, iaitu selepas saya dan sahabat agak bijak mencari dan mungkin juga didorong perut kami yang lapar amat; akhirnya kami bertemu jua rumah yang dijadikan kedai makan itu.

Rupa-rupanya kedai ini beroperasi di bahagian belakang rumah teres tersebut. Bahagian depan rumah ditutup dengan kain kanvas, mungkin bagi mengelak pelanggan masuk melalui situ.

Jadi, siapa yang senasib dengan kami, boleh cuba cari jalan Persiaran Tenggiri untuk ke Rumah Cafe. Bahagian depan kedai makan itu terletak di laluan itu. Cari rumah yang mempunyai papan tanda bulat hitam tertulis “Rumah Cafe”.


No. 26, Lorong Lampam, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. (Kedai makan ini beroperasi di belakang rumah tersebut; cari jalan ke belakang iaitu jalan Persiaran Tenggiri.)

Menurut pengurus kedai, bahagian depan kedai dibuka di belakang rumah kerana laluan itu lebih luas untuk pelanggan memarkir kenderaan; dan mereka tidak mahu jiran-jiran di deretan hadapan rumah kurang selesa.

Beliau juga mengakui ramai mengadu masalah sama kepadanya. Mungkin mereka perlu maklumkan kepada pelanggan melalui Facebook atau website mereka tentang laluan belakang rumah.

Okey Alhamdulillah yang penting kami selamat sampai.

Maaflah terpaksa cerita tentang lokasinya dahulu, kalau kalian tak jumpa, rugi pula rasanya sebab makanan di kedai ini sedap dan berbaloi dengan harganya.

Sedap untuk menu yang kami cubalah. Hahaha. Pada hari tersebut, kami cuba hidangan Nasi Goreng Grilled Dory dan Nasi Goreng RC Meletoppzz (Chef Recommended menu) bersama air oren Sunquick.

Nasi Goreng Grilled Dory (bawah) & Nasi Goreng RC Meletoppzz (atas).

Rasa nasi goreng ini berbeza dari tempat lain. Biasanya nasi goreng kedai berperisa kicap atau sos cili/tomato tetapi di sini nasinya rasa seperti digoreng dengan sambal belacan dengan kepedasan yang sangat minimum
(maafkan saya chef RC jika saya salah rasa. Huhu…).

Ada mix vegetables dan sedikit telur hancur. Untuk Nasi Goreng Grilled Dory, luar filet ikan dorinya rangup sementara isinya gebu dan lembut.

Cicah filet ikan dengan sambal istimewa Rumah Cafe dan makan bersekali dengan nasi gorengnya. Fuhh! Sedap giler sangat.

Nasi Goreng RC Meletoppzz pula adalah antara signature dish Rumah Cafe. Menu ini dihidangkan bersama ayam goreng garing, dua cucuk sate ayam, telur mata, papadom dan hirisan timun, tomato serta salad.

Menariknya hidangan ini ditaburi dengan serpihan daun oregano di keliling pinggan menyebabkan sesekali lidah ini terasa seperti makan makanan barat pula.

Tapi saya dapat rasakan yang menu lain juga enak kerana kedai ini mendapat kepercayaan ramai pelanggan termasuk dari pelbagai bangsa untuk mengisi perut mereka di sini.

Rumah Cafe unik dek kerana kepelbagaian rasa. Ada lebih 20 menu makanan (western, timur tengah & tempatan) dan minuman.

Kalian boleh pilih untuk makan hidangan western yang menjadi antara tarikan utama kafe ini. Antaranya, Sizzling Lamb Chop, Sizzling Beef Steak, Spaghetti Meatballs, Creamy Tomyam Spaghetti, Grilled Dory Fish.

Selain itu, ada Italian Bruschetta, Cheezy Nachos Bolognaise, Golden Deep Fried Chicken Burger, Mix Grilled Platter dan lain-lain.

Mereka yang terasa nak makan nasi arab, boleh cuba Nasi Mendy Daging, set talam Nasi Mendy Ayam dan set talam Nasi Mendy Kambing.

Credit Pix

Kalian yang suka citarasa fusion (rasa tempatan dan barat), mintalah hidangan Nasi Goreng Lamb Chop, Nasi Goreng Beef Steak dan Nasi Goreng Grilled Dory (macam yang saya makan).

Paling best porsi hidangan makanan di Rumah Cafe besar manakala harganya sesuai dan berpatutan.

Suasana Rumah Cafe menggabungkan konsep hipster dan santai. Ada sudut yang dihias dengan bingkai-bingkai mutiara kata warna warni. Sesuai untuk mereka yang suka bergambar.

Menariknya, apabila kalian berbelanja makan di sini, kalian sebenarnya sudah membantu untuk menjana dana kewangan operasi bulanan Maahad Tahfiz Sirajul Quran (MTSQ).

Seiring tagline kafe ini, “Makan Santai Sambil Beramal”; Rumah Cafe sememangnya ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Kiranya seperti perut kalian kenyang, pahala amal pun kalian dapat. InsyaAllah.

Kad Keistimewaan Rumah Cafe untuk pelanggan setia.

Jadi, sesiapa yang berkesempatan untuk singgah ke kawasan Seberang Jaya, Pulau Pinang, bolehlah cuba menjamu selera di tempat makan enak ini.

Info Ringkas Lokasi & Waktu Operasi Rumah Cafe

Lokasi: No. 26, Lorong Lampam, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. (Kedai makan ini beroperasi di belakang rumah tersebut; cari jalan ke belakang iaitu jalan Persiaran Tenggiri.)

Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (Tutup: Isnin); 5 petang hingga 11 malam (tempahan terakhir, 10.30 malam)

Semoga kalian ketemu dengan antara tempat makan menarik di Seberang Jaya ini dan berpuas hati dengan makanannya ya. InsyaAllah.~❤NH

Nurhasyima H.
Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”

Kongsikan Di:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn

Like this:

Like Loading...

Related

Hai! Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini :Cancel reply

TRANSLATE THIS BLOG

SALAM KENAL

Nurhasyima H.

Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Eks-jurnalis. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.” Right now, positivity and joy are my priorities. ❤🎈 _ Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi boleh e-mel di hello.reflectandrelax@gmail.com.

View Full Profile →

PETI SURAT

hello.reflectandrelax@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi. 🙂

Titipan Terbaru

  • Resepi & Cara Masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat
  • 7 Jenis Kesalahan Yang Dimaafkan Allah
  • Cara Mudah Untuk Teruskan Amalan Selepas Ramadhan (Ramadhan Activity Checklist)

TITIPAN HOT

  • 51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
    51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
  • Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
    Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
  • 3 Cara Untuk Menjadi Rajin
    3 Cara Untuk Menjadi Rajin
  • Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
    Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
  • Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
    Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris

TITIPAN LALU

KATEGORI

  • JALAN² (7)
  • MAKAN² (17)
  • RAWAK (2)
  • REFLEKSI (5)
  • SERVIS (1)
  • TIPS (11)

Tags

#Allah #alquran #bertam #checklist #halal #hatyai #inspirasi #islam #jalanjalan #jjcm #jurnalseoulsisters #karipap #kedah #kembaramusimluruh #kepalabatas #koreaselatan #kuih #pulaupinang #makanmakan #muhammadsaw #puasa #ramadan #ramadhan #rawak #refleksi #resepi #seafood #seoul #tempatmakan #tempatmenarik #thailand #tok australia ibadah inspirasi membawang poskad r&r reflect sedekah solat surau sydney syukur timbangrasa tips

NAK CARI APA TU?

JEJAK

  • 72,546 hits

PENAFIAN

Isi kandungan dalam weblog Reflect & Relax ini hanya penulisan santai berdasarkan pengalaman & pendapat peribadi penulis.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kesan & akibat yang berlaku ke atas pembaca yang menggunakan mana-mana maklumat & perkongsian yang diambil daripada weblog ini.

Sebarang maklumat yang diambil daripada weblog ini untuk tujuan penerbitan rasmi dalam mana-mana medium perlu dimaklumkan kepada penulis terlebih dahulu dan/atau mesti diletakkan kredit serta pautan asal weblog ini.

Terima kasih.

Reflect&Relax

  • X
©2025 Reflect & Relax | Design by Superb
 

Loading Comments...
 

    %d