Skip to content
Reflect & Relax
Menu
  • REFLEKSI
  • TIPS
  • MAKAN²
  • JALAN²
  • RAWAK
  • SERVIS
Menu

Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah

Posted on 22/01/201903/10/2019 by Nurhasyima H.

Pada salah satu hujung minggu bulan lalu, saya bersama anak saudara, seorang sahabat serta Mak dan Ayah merancang untuk ke sebuah kolam air panas di Baling, Kedah.

Sudah menjadi kegemaran Mak dan Ayah saya untuk berjalan masuk kampung keluar kampung dengan berkereta membawa kami setiap kali tiba hari cuti.

Jadi, sesuai benar dengan lokasi kolam yang kami ingin tuju kali ini yang letaknya di dalam sebuah kampung tidak jauh dari pekan Baling (jaraknya kira-kira 20 kilometer dari pekan).

Kolam air panas yang kami tuju ialah Kolam Air Panas Ulu Legong atau lebih dikenali dalam kalangan pelancong luar negara sebagai Ulu Legong Hot Spring; terletak di Kampung Keda Ulu Legong, Baling, Kedah.

Sekiranya kalian dari Alor Setar, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit manakala bagi kami yang bertolak dari Pulau Pinang (bukan Seberang Prai), ia memakan masa hampir 2 jam untuk tiba di sana.

Kami tiba di sana ketika azan waktu solat Asar berkumandang selepas berhenti makan tengah hari terlebih dahulu sebelum itu.

Sejurus tiba, awan hitam menyambut kedatangan kami sebelum tiba-tiba hujan lebat. Kami segera ke kaunter membayar harga tiket dan kemudian terus masuk ke dalam kawasan rekreasi tersebut.

Masih tiada siapa yang mandi-manda di situ. Selepas bersembang ringkas dengan seorang daripada pemilik kedai makan berhampiran kolam, baru kami tahu bahawa pengunjung lebih ramai datang pada waktu lewat petang hingga malam.

Mungkin kerana suhu pada waktu malam yang dingin amat sesuai untuk mereka yang ingin berendam sambil memanaskan badan.

Selepas setengah jam dan hujan mulai reda, pengunjung berkeluarga mula tiba bersama anak masing-masing. Hampir kesemuanya memilih kolam paling suam di situ untuk mandi-manda.

Di kawasan hadapan tempat ini, ada 3 kolam sederhana besar yang mempunyai tahap kepanasan yang berbeza.

Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak masing-masing kerana kolam di sebelah kiri dari pintu masuk adalah yang paling panas diikuti kolam di sebelahnya.

Kolam berhampiran surau adalah yang paling sesuai untuk mereka yang gemarkan tahap kepanasan yang paling minima. Suam-suam sahaja airnya.

Laluan dan dataran berbumbung (kiri) serta bilik penginapan yang mengadap
kolam air panas (kanan).
Kolam suam-suam kuku sebelah surau sesuai untuk semua
terutama kanak-kanak.
Kolam dengan tahap kepanasan paling panas (kiri) dan kolam dengan kepanasan
sederhana (kanan).

Jika kalian berjalan ke arah tandas atau bilik menukar pakaian, terdapat satu lagi kawasan yang menyediakan 2 atau 3 kolam serupa di bahagian belakang tempat tersebut.

Kalian perlu merentasi jambatan kecil untuk ke sana. Di lokasi sama terdapat deretan gerai makan yang tidak silap saya beroperasi pada waktu malam sahaja.

Saya tak pasti kolam di bahagian ini panas atau tidak kerana saya tak sempat mencecah kaki di kolam berkenaan.

Dari kiri: Kemudahan tandas dan bilik persalinan; gazebo untuk berkelah; gerai makan,
kedai runcit dan kelengkapan mandi.

Dengan pemandangan bukit bukau yang kehijauan dan langit luas terbentang, Kolam Air Panas Ulu Legong ini menjanjikan ketenangan buat para pengunjung.

Ada yang datang ke sini untuk merawat kulit mereka kerana percaya dengan keberkesanan sumber mata air panas.

Mereka yang berhasrat untuk bermalam di sini, boleh saja berbuat demikian kerana pusat rekreasi air panas ini menyediakan penginapan chalet atau dorm yang selesa pada harga berpatutan.

Kemudahan lain yang mereka sediakan di sini ialah dewan seminar, taman permainan, outdoor gym, surau, tapak BBQ, kedai cenderamata dan gerai makan.

Kawasan kolam di bahagian belakang berhampiran jambatan kecil (kiri) dan bangunan surau dengan berlatarkan bukit bukau menghijau dengan langit terbentang.

Kalian boleh juga memilih untuk menyewa di rumah inap atau homestay penduduk kampung berdekatan; yang ini kalian perlu minta pertolongan Mr Google ya. Hehehe…Saya pasti ia juga disediakan pada kadar harga yang berpadanan.

Selepas menghabiskan masa beberapa jam mandi dan merendam kaki di Kolam Air Panas Ulu Legong ini, kami pun berangkat pulang.

Ada juga kami berbincang untuk bermalam di situ, tetapi disebabkan kami tidak membawa pakaian dan keperluan sepatutnya, jadi niat itu terpaksa dilupakan. Mungkin boleh pada lain masa, insyaAllah.

Senarai harga tiket, bilik penginapan dan kemudahan yang disediakan di
Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor telefon atau Facebook Page Ulu Legong Hotspring.

Jika dibandingkan dengan lokasi kolam air panas yang pernah saya kunjungi di sebuah negeri di selatan tanah air, kawasan Kolam Air Panas Ulu Legong ini lebih selesa, terjaga, kemas dan cantik buatan kolam serta landskapnya.

Secara keseluruhannya, saya boleh sarankan kalian datang ke sini untuk menikmati keindahan panorama alam di samping suasana sunyi dan tenang perkampungan di sekitarnya sambil merasai kelainan mandi kolam air panas semula jadi; jauh dari hiruk pikuk bandar.

Boleh jadi juga ia bakal jadi antara tempat menarik di Baling, Kedah yang ingin kalian kunjungi setiap kali singgah ke negeri Jelapang Padi ini.

Saya pasti suasana malam di kolam ini lebih menarik dengan pemandangan indah taburan bintang-bintang di langit. Moga dapatlah ke sana lagi.~❤NH

 

Nurhasyima H.
Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”

Kongsikan Di:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn

Like this:

Like Loading...

Related

2 thoughts on “Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah”

  1. Muhammad Syafiq Bin Sukami says:
    17/02/2020 at 10:32 am

    Dah elok ke. Last p 2010 haritu…

    Loading...
    Reply
    1. Nurhasyima H. says:
      20/02/2020 at 11:55 am

      Saya tak pernah pi sana sebelum ni. Saya pi dah elok bersih cantik mcm ni. Kemudahan semua macam baru, kolam pun elok berjubin. Cuba pi sekali lagi. 🙂

      Loading...
      Reply

Hai! Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini :Cancel reply

TRANSLATE THIS BLOG

SALAM KENAL

Nurhasyima H.

Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Eks-jurnalis. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.” Right now, positivity and joy are my priorities. ❤🎈 _ Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi boleh e-mel di hello.reflectandrelax@gmail.com.

View Full Profile →

PETI SURAT

hello.reflectandrelax@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi. 🙂

Titipan Terbaru

  • Resepi & Cara Masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat
  • 7 Jenis Kesalahan Yang Dimaafkan Allah
  • Cara Mudah Untuk Teruskan Amalan Selepas Ramadhan (Ramadhan Activity Checklist)

TITIPAN HOT

  • Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
    Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
  • 51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
    51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
  • Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
    Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
  • Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
    Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
  • 5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah
    5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah

TITIPAN LALU

KATEGORI

  • JALAN² (7)
  • MAKAN² (17)
  • RAWAK (2)
  • REFLEKSI (5)
  • SERVIS (1)
  • TIPS (11)

Tags

#Allah #alquran #bertam #checklist #halal #hatyai #inspirasi #islam #jalanjalan #jjcm #jurnalseoulsisters #karipap #kedah #kembaramusimluruh #kepalabatas #koreaselatan #kuih #pulaupinang #makanmakan #muhammadsaw #puasa #ramadan #ramadhan #rawak #refleksi #resepi #seafood #seoul #tempatmakan #tempatmenarik #thailand #tok australia ibadah inspirasi membawang poskad r&r reflect sedekah solat surau sydney syukur timbangrasa tips

NAK CARI APA TU?

JEJAK

  • 72,546 hits

PENAFIAN

Isi kandungan dalam weblog Reflect & Relax ini hanya penulisan santai berdasarkan pengalaman & pendapat peribadi penulis.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kesan & akibat yang berlaku ke atas pembaca yang menggunakan mana-mana maklumat & perkongsian yang diambil daripada weblog ini.

Sebarang maklumat yang diambil daripada weblog ini untuk tujuan penerbitan rasmi dalam mana-mana medium perlu dimaklumkan kepada penulis terlebih dahulu dan/atau mesti diletakkan kredit serta pautan asal weblog ini.

Terima kasih.

Reflect&Relax

  • X
©2025 Reflect & Relax | Design by Superb
 

Loading Comments...
 

    %d