Saban tahun ribuan naskhah al-Quran dan buku teks agama diulang cetak untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan komuniti Muslim di negara kita. Jika dibandingkan cetakan al-Quran dahulu dengan sekarang, berbagai-bagai jenis rekaletak kulit al-Quran bersama dengan isi kandungan tulisan atau kalimah suci yang berwarna-warni dikeluarkan pada masa ini. Semua ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat khususnya…
“Ini mungkin tidak seteruk mana kan?…”
Hidup ini sudah ditetapkan bahagian ujian masing-masing. Ada yang diuji dengan sakit, masalah rumahtangga, masalah keluarga, orang sekeliling, kemiskinan, limpahan harta yang banyak, kelebihan ilmu berbanding orang lain dan seribu satu ujian lain. Kira-kira dua minggu lalu saya menerima berita tentang isteri pakcik saya dimasukkan ke hospital dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat strok ketika…
Resepi Kek Buah Pastri (Pastry Fruit Cake) Viral
Sejak Ogos lalu, newsfeed di akaun laman media sosial saya asyik ‘menghidangkan’ gambar kek buah pastri (pastry fruit cake). Rupa-rupanya ramai dalam kalangan netizen sedang rancak membuat kek ini sehingga ia menjadi tular. Patutlah newsfeed saya penuh dengan ‘perbincangan’ hangat tentangnya. Disebabkan tidak tahan melihat gambar kek buah pastri yang nampak sedap, maka saya pun…
Cara Buat Petai Jeruk Yang Diidamkan
Hari ni saya nak kongsi cara buat petai jeruk. Tiba-tiba kan? #tetiber 😂 Agak lama juga saya mencari resepi menjeruk buah ulam kegemaran saya ni. Selama ni suka makan tapi tak tahu cara buat. Memang dasar tahu makan saja kerjanya. 😂 Bukan susah pun nak dapatkan resepi jeruk petai ni, Google kan ada; tapi itulah, selagi entri cara-cara…
Tempat Makan Menarik di Hat Yai (Part 4/4)
Kedai / Gerai Makan Tepi Jalan (Berhampiran Hospital Hat Yai & Stadium Jiranakorn) Ini entri sambungan dari bahagian sebelum ni..masih lagi berkisar tentang kedai atau gerai makan di tepi jalan. Lepas mencuba makanan tengah hari di kawasan berhampiran Stesen Keretapi Hat Yai, saya, adik-adik dan sahabat merayau di sekitar bandar Hat Yai sementara menunggu petang…
Tempat Makan Menarik di Hat Yai (Part 3/4)
Kedai / Gerai Makan Tepi Jalan (Berhampiran Stesen Keretapi Hat Yai) Kalau dah namanya orang Malaysia, tetaplah juga mahu mencari nasi berlauk di mana jua berada. Mujur Thailand khususnya di Selatan Thai masih mempunyai makanan ruji ini. Jadi, hari kedua di Hat Yai, kami sempat mencuba makanan di kedai makan lauk campur dan gerai tepi…
Tempat Makan Menarik di Hat Yai (Part 2/4)
Dah sampai Hat Yai tapi masih tak tahu nak cari lokasi makanan halal, kalian boleh cuba datang ke Medan Selera (food court) Asean Night Bazaar. Asean Night Bazaar ni lebih kurang sama dengan bazar-bazar biasa cuma tempat ni kelihatan baru, tak panas dan lebih selesa untuk beli belah serta paling penting boleh makan-makan. Macam biasa,…
Tempat Makan Menarik di Hat Yai (Part 1/4)
Pada hari raya kedua Aidil Adha bulan lalu, saya bersama dua adik dan seorang sahabat berpeluang bercuti ke Hat Yai selama beberapa hari. Ketiadaan Mak dan Ayah yang ketika itu sedang menunaikan haji menyebabkan kami mengambil kesempatan untuk melaksanakan misi utama kami ke sana iaitu jalan-jalan cari makan (JJCM). Sedikit fakta tentang Hat Yai. Hat…
5 Cara Manfaatkan Lambakan Kasut Sekolah Putih
Pengumuman Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik berhubung dengan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula pada tahun hadapan telah mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan masyarakat. Ada pihak yang bersetuju dengan arahan terbaru berkenaan namun ada juga yang berpendapat sebaliknya. Sekiranya arahan tersebut dikuatkuasakan pada tahun hadapan, sudah pasti akan berlaku lambakan kasut sekolah…
Karipap Keledek Sedap Di Kepala Batas
Salah satu kuih kegemaran saya ialah karipap. Saya gemar akan karipap biasa berbanding karipap pusing. Hal ini demikian kerana kulit karipap pusing yang lebih tebal berbanding karipap biasa, membuatkan saya cepat muak. Bagi saya, karipap yang sedap bergantung kepada tekstur kulitnya dan inti di dalamnya. Tekstur kulit karipap yang gebu, lembut dan sedikit garing menjadi…