Skip to content
Reflect & Relax
Menu
  • REFLEKSI
  • TIPS
  • MAKAN²
  • JALAN²
  • RAWAK
  • SERVIS
Menu

Tempat Makan Menarik di Hat Yai (Part 1/4)

Posted on 03/09/201801/10/2019 by Nurhasyima H.

Pada hari raya kedua Aidil Adha bulan lalu, saya bersama dua adik dan seorang sahabat berpeluang bercuti ke Hat Yai selama beberapa hari. Ketiadaan Mak dan Ayah yang ketika itu sedang menunaikan haji menyebabkan kami mengambil kesempatan untuk melaksanakan misi utama kami ke sana iaitu jalan-jalan cari makan (JJCM).

Sedikit fakta tentang Hat Yai. Hat Yai terletak di dalam wilayah Songkhla dan Hat Yai juga merupakan bandar terbesar dalam wilayah tersebut iaitu dengan populasi lebih 359,000 penduduk. Songkhla atau nama lamanya, Singgora, pula ialah satu daripada wilayah-wilayah yang terdapat di selatan Thailand.

Sejurus tiba kira-kira pukul 3 petang, kami terlebih dahulu check-in dan melepaskan lelah di rumah inap (homestay) yang selesa di bandar Hat Yai. Lebih kurang pukul 5 petang, kami keluar memulakan misi JJCM kami dan memilih untuk menjamu selera di sebuah restoran halal bertema buffet makanan laut – Khlong Hae Halal Seafood Restaurant, Hat Yai, Thailand.

 Di sini, saya dapat menyaksikan betapa murahnya rezeki kedai tersebut. Pelanggannya datang bertali arus. Makanan dan minuman juga dihidangkan tidak putus-putus. Walaupun ramai yang menjamu selera di dalam kedai, tetapi tiada kesesakan ketika mengambil makanan kerana stok makanan sentiasa saja ada.

Paling best apabila sudut makanan laut tidak pernah putus dengan tambahan udang galahnya, sotong, udang kertas, siput, ikan; seolah-olah ada kolam ternakan yang banyak di belakang pemilik kedai. Hahaha…

Kedai makan ini berkonsepkan sendiri barbeku, sendiri makan sampai kenyang. Dari pelbagai jenis buah-buahan cicah serbuk asam; berbagai jenis bubur manis; kepada daging lembu dan ayam yang diperap dalam pelbagai rasa perapan; serta makanan laut; hinggalah pelbagai jenis air jus dan bergas yang boleh diminum tanpa had.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain sudut makanan laut, ada satu lagi sudut atau gerai khas untuk pelbagai jenis ikan bakar untuk penggemar ikan bakar. Semua seafood segar seperti udang kertas, udang galah kecil, siput, salmon, sotong dan ikan ini boleh dicicah dengan tiga jenis sos (sos cili, sos cili flakes ala Thai dan sos cili api bawang putih perah limau) yang sangat sedap.

Kalian ambil semua ini dan bawa ke meja untuk dibakar atau barbeku. Untuk yang tidak boleh berpisah dengan nasi, set buffet di kedai ini turut menyediakan lebih 10 menu lauk campur Thai. Saya sempat cuba beberapa lauk termasuk kengsom, somtam, kerabu kaki ayam dan semuanya lazat belaka.

Sebagai pencuci mulut, turut disediakan ais krim pelbagai perisa. Oh tak lupa juga, untuk yang gemarkan mi celup Thai, hidangan tersebut ada juga di kedai ini.

Puas hati dan berbaloi makan di sini kerana kesemua yang saya sebutkan di atas (pakej buffet bersama seafood)  hanya bernilai 289 baht bersamaan dengan lebih kurang RM35 seorang (mengikut tukaran wang pada masa itu).

Singgahlah jika berkesempatan ke Hat Yai. Dipersilakanlah datang (awal) sebab kalau lambat takut-takut kalian terpaksa jua menunggu giliran di luar kedai walaupun keluasan kedai ini amat luas. Tak silap saya kedai ini dibuka seawal pukul 3 petang hingga malam.~❤️NH

 

 

Nurhasyima H.
Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”

Kongsikan Di:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn

Like this:

Like Loading...

Related

3 thoughts on “Tempat Makan Menarik di Hat Yai (Part 1/4)”

  1. Pingback: Misi mencari makanan halal di Hatyai, Thailand
  2. Penulis: Nurhasyima Hasim says:
    04/09/2018 at 5:12 pm

    Terima kasih https://runchark.com/misi-mencari-makanan-halal-di-hatyai-thailand/ ❤

    Loading...
    Reply
    1. RUNCHARK says:
      06/09/2018 at 9:21 am

      Sama sama

      Loading...
      Reply

Hai! Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini :Cancel reply

TRANSLATE THIS BLOG

SALAM KENAL

Nurhasyima H.

Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Eks-jurnalis. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.” Right now, positivity and joy are my priorities. ❤🎈 _ Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi boleh e-mel di hello.reflectandrelax@gmail.com.

View Full Profile →

PETI SURAT

hello.reflectandrelax@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi. 🙂

Titipan Terbaru

  • Resepi & Cara Masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat
  • 7 Jenis Kesalahan Yang Dimaafkan Allah
  • Cara Mudah Untuk Teruskan Amalan Selepas Ramadhan (Ramadhan Activity Checklist)

TITIPAN HOT

  • 51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
    51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
  • Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
    Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
  • Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
    Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
  • Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
    Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
  • 5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah
    5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah

TITIPAN LALU

KATEGORI

  • JALAN² (7)
  • MAKAN² (17)
  • RAWAK (2)
  • REFLEKSI (5)
  • SERVIS (1)
  • TIPS (11)

Tags

#Allah #alquran #bertam #checklist #halal #hatyai #inspirasi #islam #jalanjalan #jjcm #jurnalseoulsisters #karipap #kedah #kembaramusimluruh #kepalabatas #koreaselatan #kuih #pulaupinang #makanmakan #muhammadsaw #puasa #ramadan #ramadhan #rawak #refleksi #resepi #seafood #seoul #tempatmakan #tempatmenarik #thailand #tok australia ibadah inspirasi membawang poskad r&r reflect sedekah solat surau sydney syukur timbangrasa tips

NAK CARI APA TU?

JEJAK

  • 72,546 hits

PENAFIAN

Isi kandungan dalam weblog Reflect & Relax ini hanya penulisan santai berdasarkan pengalaman & pendapat peribadi penulis.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kesan & akibat yang berlaku ke atas pembaca yang menggunakan mana-mana maklumat & perkongsian yang diambil daripada weblog ini.

Sebarang maklumat yang diambil daripada weblog ini untuk tujuan penerbitan rasmi dalam mana-mana medium perlu dimaklumkan kepada penulis terlebih dahulu dan/atau mesti diletakkan kredit serta pautan asal weblog ini.

Terima kasih.

Reflect&Relax

  • X
©2025 Reflect & Relax | Design by Superb
 

Loading Comments...
 

    %d