Ada orang hobinya memasak. Memasak apa saja yang dia suka dan apa yang orang lain suka. Saya suka juga memasak tetapi bukan sebagai hobi. Hehehe.
Biasanya saya akan masak makanan yang saya gemar selain memasak juga untuk keluarga. Saya sejenis yang akan cuba cari resepi sesuatu makanan sedap yang sudah saya rasai.
Dan kemudian bersedialah untuk makan menu yang sama saja selepas tu. Hahaha. Gurau gurau ! Tapi seriusnya saya biasanya akan pelajari masakan yang saya suka, supaya saya tak susah-susah nak pergi mencari di tempat lain.
Adakala menjadi, adakala gagal juga. Hahaha. Tapi saya ada juga angan-angan nak ada channel YouTube memasak saya sendiri. Kononnya bila buat begitu, mungkin ada banyak lagi jenis masakan yang saya boleh terokai.
Hmm…mungkin belum masanya lagi. Kita tengoklah nanti. Mana tahu kan. Hahaha.
Okay, kebanyakan waktunya, makanan kegemaran saya antaranya, menu yang berasaskan sambal atau apa saja yang berlada.
Spicy is my thin’. But not too spicy-lah; macam mee Samyang Korea tu; it’s a big no-no. Ya dah cuba, tak dapat enjoy langsung sebab teramat pedas untuk lidah saya.
Kalau masak lemak cili api Negeri Sembilan yang asli; maksudnya memang orang kampung dari negeri tu yang masak, haa…yang tu boleh masuk lagi. Tak pedas sangat pun bagi saya. Siap bertambah lagi. Hehehe.
Okay saya dah melalut. Sebenarnya, saya nak kongsi resepi Nasi Goreng Udang Kering Cili Hidup ni. Siapa yang suka nasi goreng angkat tangan!
Di rumah saya ni, kalau ada nasi yang dah semalaman dan disimpan dalam peti sejuk, esoknya tu mesti jadikannya nasi goreng. Yums!
Kali ni saya kongsi resepi Nasi Goreng Udang Kering Cili Hidup yang ringkas tapi sedap untuk tekak sayalah. Hahaha. InsyaAllah moga-moga sedap juga untuk kalian. Senang saja ni.
Kebetulan baru-baru ni saya terbeli banyak cili merah untuk buat sambal belacan; jadi ada baki, kita buatlah perasa untuk nasi goreng. Okay, jom tengok bahan-bahan dan cara buatnya.
Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi putih
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering
- 3 biji cili merah
- 1 biji telur
- Garam
Cara-cara:
1)Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih dan udang kering sehingga naik bau serta kekuningan.
Kalau lihat gambar, bawang putih saya agak banyak sebab saya penggemar bawang putih. Haha. Bawang putih buat masakan kita lebih perisa.
2) Masukkan cili merah yang sudah ditumbuk kasar. Kacau beberapa minit tapi jangan sampai garing. Jika suka, boleh tambah lagi cili atau cili api merah untuk lebih pedas.
3) Kemudian tuang semua nasi putih ke dalam tumisan tersebut. Gaul bahan tumisan hingga meratai semua butir nasi.
4) Lepas tu perisakan nasi goreng dengan garam secukup rasa ikut deria rasa kalian.
Kalau ikutkan, nasi goreng ni dah siaplah, tapi saya suka nak tambah bahan berikutnya ni supaya tak delah terasa kosong sangat nasi goreng udang kering cili hidup ni. Haha.
5) Langkah seterusnya, agak-agak dah sebati, buat ‘kawah’ di tengah-tengah nasi. Nak ketepikan nasi pun boleh juga, tapi ketepi dalam kuali saja tau, jangan masuk dalam pinggan pula. Haha.
Okay, tuang telur sebiji riuh sekampung yang dah dipukul sebelum tu ke dalam ‘kawah’ tersebut.
6) Tunggu sekejap dalam 20 saat, masa ni nak tabur garam secubit kat atas telur tu pun boleh, kalau tak mahu pun tak apa. Kemudian, gaulkan nasi dan telur tersebut bersama-sama.
Kacau sampai telur tu masak dan gaul kasar ya supaya masih nampak kepingan telurnya.
Kalau saya, saya biar ia separa masak; tak terlalu kering dan tak basah sangat.
7) Kacau lagi, biarkan sekejap beberapa saat dan lepas tu rasa; kalau rasanya dah okay ikut citarasa kalian, bolehlah angkat nasi goreng ke dalam pinggan.
8) Sekarang bolehlah makan; tapi jangan lupa baca Bismillah tau.
InsyaAllah mudah saja nak masak nasi goreng udang kering (sedap!) ni. Haha.
Sesuai untuk orang bujang dan ibu-ibu yang nak cepat-cepat masak untuk anak-anak yang dah lapar amat. Hehehe.
Selamat memasak ya!~❤️NH
Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”