Skip to content
Reflect & Relax
Menu
  • REFLEKSI
  • TIPS
  • MAKAN²
  • JALAN²
  • RAWAK
  • SERVIS
  • HUBUNGI
Menu

Syurga Pencinta Kucing di Cat Beach Sanctuary, Pulau Pinang

Posted on 05/07/201912/07/2019 by Nurhasyima H.

Kita biasa dengar Pulau Pinang terkenal sebagai syurga makanan; tapi kalian mungkin tak tahu ada satu tempat di negeri ini menjadi syurga buat pencinta kucing sejati.

Pencinta kucing yang benar-benar gemarkan kucing tanpa mengira jenis baka pasti teruja untuk singgah ke Cat Beach Sanctuary atau Santuari Pantai Kucing di Teluk Bahang.

Saya sendiri pun baru tahu ada santuari haiwan comel itu di sini. Hehehe. Ketika singgah ke Cat Beach Sanctuary ini beberapa minggu lalu, Amir, pekerja di tempat itu berkata, ada kira-kira 300 ekor kucing menghuni rumah kampung dua tingkat berkenaan.

Kucing-kucing jalanan ini sangat jinak dan manja dengan pengunjung yang datang ke Cat Beach Sanctuary Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Rumah kayu tersebut yang terletak di sebuah perkampungan nelayan di tepi pantai berhampiran Jalan Teluk Awak, Teluk Bahang; menempatkan pelbagai jenis kucing dengan kebanyakannya adalah kucing jalanan yang pernah terbiar.

Saya tak berkesempatan menemui pemilik atau pengurus pusat perlindungan itu. Namun, ketika saya sampai di sana, ada seorang wanita yang baru saja membuat kerja sukarela menguruskan kucing-kucing di situ. Beliau sempat mempelawa saya dan rakan masuk sebelum beredar.

Berdasarkan bacaan di internet, tempat ini diasaskan oleh seorang pencinta kucing dari Amerika Syarikat bernama, Teviot Fairservis bersama rakannya, Nana Wan Chik sejak tahun 2011.

Kedua-duanya memulakan usaha menyelamat dan memelihara kucing-kucing jalanan tersebut selepas kasihan melihat keadaan haiwan itu yang kebanyakkannya terbiar, cedera, kurang sihat serta tidak dilayan dengan baik.

Ketika berada di rumah itu, sempat juga saya melihat Amir, pekerja tempat itu memberi makan kepada kucing-kucing berkenaan. Wah! Berebut-rebut mereka mengelilingi dulang-dulang makan besar yang disediakan untuk mereka.

Berselera sungguh mereka makan makanan dimasak sendiri oleh penjaga dan sukarelawan di santuari ini.
Pengunjung bebas untuk membelai dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada kucing-kucing jalanan yang diselamatkan di Cat Beach Sanctuary.

Sambil membelai kucing-kucing di situ, saya perhatikan tempat itu lengkap dengan dapur untuk penjaga memasak makanan kucing, almari ubat serta sangkar khas untuk mengasingkan kucing yang sakit dan anak kucing yang masih terlalu kecil untuk berdikari.

Bagaimanapun, kebersihan dan keadaan persekitaran rumah perlindungan ini masih boleh diperbaiki menjadi lebih menarik sekiranya lebih ramai sukarelawan tampil membantu untuk melakukan aktiviti tersebut secara berkala.

Kebanyakan kucing di Santuari Pantai Kucing tersebut dibiarkan lepas bebas di dalam dan luar rumah. Seronok juga melihat keletah mereka. Ada yang suka bermain, ada yang hanya melepak sambil merenung laut, yang memandang sayu ke arah saya pun ada.

Kucing-kucing melepak di atas pangkin sambil merenung ke arah laut luas.

Tak kurang juga beberapa ekor yang manja; asyik mengekor saya sampai waktu saya nak pulang. Bagi saya, ia pengalaman yang unik untuk melihat beratus-ratus ekor haiwan berbulu tersebut pada satu masa.

Kucing-kucing ni tak nak lepaskan kami balik. Hehehe. (Atas)
Kucing-kucing comel ini bebas bermain di dalam dan luar rumah mereka. (Bawah)

Jika kalian nak simpan kenangan melancong atau mengembara yang agak berbeza, bolehlah datang ke Cat Beach Sanctuary ini. Tak rugi ambil masa untuk bersantai melihat laut terbentang sambil melayan kucing-kucing jinak di sini.

Cuma awas dengan najis kucing di kawasan pasir di pantai tersebut ya. Kalau kalian memang pencinta kucing tulen, mungkin hal ini bukan satu kerisauan. Ahaha..

Tengoklah muka dua ekor anak bulus ni, kalian mesti rasa nak datang belai mereka kan? Datanglah, mereka sedang menunggu kasih sayang dari kalian.
Sempat pula mereka berdua kisshing each other sebelum saya balik. Hahaha.

Untuk kalian yang nak menderma atau melakukan aktiviti sukarela seperti memberi makan, membersih kawasan sekitar, grooming dan sebagainya untuk kucing-kucing ini boleh hubungi mereka yang mengendalikan tempat ini di Facebook Cat Beach Penang.

Lokasi Cat Beach Sanctuary

No.778, Jalan Teluk Awak, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Okay jom tambah kerja kebajikan dan koleksi tempat menarik di Pulau Pinang yang wajib dibuat serta dilawati – Cat Beach Sanctuary atau Pantai Kucing Teluk Bahang dalam senarai aktiviti kembara kalian.~❤️NH

Nurhasyima H.
Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”

Kongsikan Di:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn

Like this:

Like Loading...

Related

5 thoughts on “Syurga Pencinta Kucing di Cat Beach Sanctuary, Pulau Pinang”

  1. ZURAINI AHMAD says:
    04/12/2022 at 10:11 pm

    Assalamualaikum sy tak tahu nak luah mcm mana sekarang ini,terlebih dahulu ini sy luahkan masalah sy dgn anak2 kucing sy 8 ekor,sy tinggal di seberang jaya taman sutera prai,sy bekerja dari pukul 10am-10pm baru sahaja bkerja, masalah sy skrg sy nak bg kucing sy sbb tak mampu nak jaga mereka & bilik mereka sy tak sempat nak cuci hari2 sbb terlalu penat,mohon sngt2 jika ada siapa2 nak kucing sy silakan,sy sanggup bg setiap bulan RM300,hubungi sy 017-4437229,sy tak sanggup lepaskan mereka dimana2 kecuali ada sesiapa sanggup membela mereka

    Loading...
    Reply
  2. Shadi says:
    06/08/2024 at 7:08 pm

    Macam mana nak hantar kucing ke tempat ni. Saya ada 8 ekor kucing kat umah. Saya nak berpindah ke Sarawak pada hujung tahun depan. 4 ekor dewasa
    (jantan 1 dan betina 3)
    4 ekor lagi kecil 3 jantan dan 1 betina) kalau betul tempat ni tempat kucing saya nak hantar. Dan apa prosedur/keperluan menghantar kucing tsbt.

    Loading...
    Reply
    1. Nurhasyima H. says:
      07/08/2024 at 1:56 pm

      Untuk maklumat lanjut, Encik boleh cuba hubungi nombor telefon yang tertera pada laman web Cat Beach Sanctuary ya. Klik sini https://catbeachpenang.com/ untuk ke laman web mereka.

      Loading...
      Reply
  3. Shadi says:
    19/08/2024 at 8:08 am

    Apa syaratnya utk hantar kucing tsbt..

    Loading...
    Reply
    1. Nurhasyima H. says:
      26/08/2024 at 2:49 pm

      Maaf Encik, saya tak pasti. Saya cuma melawat tempat tu saja sebelum ni. Untuk maklumat lanjut, Encik boleh cuba hubungi nombor telefon yang tertera pada laman web Cat Beach Sanctuary ya. Klik sini https://catbeachpenang.com/ untuk ke laman web mereka.

      Loading...
      Reply

Hai! Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini :Cancel reply

SALAM KENAL

Nurhasyima H.

Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Eks-jurnalis. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.” Right now, positivity and joy are my priorities. ❤🎈 _ Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi boleh e-mel di hello.reflectandrelax@gmail.com.

View Full Profile →

PETI SURAT

hello.reflectandrelax@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi. 🙂

Titipan Terbaru

  • Pembetulan Ayat Bahasa Melayu Bertulis: Kenapa Ia Penting?
  • Resipi dan Cara Masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat
  • 7 Jenis Kesalahan Dimaafkan Allah Yang Maha Pemaaf

TITIPAN HOT

  • Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
    Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
  • 5 Tips Gembirakan Ibu Bapa Anda Walaupun Anda Tinggal Berjauhan
    5 Tips Gembirakan Ibu Bapa Anda Walaupun Anda Tinggal Berjauhan
  • Resepi Nasi Goreng Udang Kering Cili Hidup Mudah & Sedap
    Resepi Nasi Goreng Udang Kering Cili Hidup Mudah & Sedap
  • 51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
    51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW

TITIPAN LALU

KATEGORI

  • JALAN² (7)
  • MAKAN² (17)
  • RAWAK (2)
  • REFLEKSI (5)
  • SERVIS (2)
  • TIPS (11)

Tags

#Allah #alquran #bertam #checklist #halal #hatyai #inspirasi #islam #jalanjalan #jjcm #jurnalseoulsisters #karipap #kedah #kembaramusimluruh #kepalabatas #koreaselatan #kuih #pulaupinang #makanmakan #muhammadsaw #puasa #ramadan #ramadhan #rawak #refleksi #resepi #seafood #seoul #tempatmakan #tempatmenarik #thailand #tok australia ibadah inspirasi membawang poskad r&r reflect sedekah solat surau sydney syukur timbangrasa tips

NAK CARI APA TU?

JEJAK

  • 73,565 hits

TRANSLATE THIS BLOG

PENAFIAN

Isi kandungan dalam weblog Reflect & Relax ini hanya penulisan santai berdasarkan pengalaman & pendapat peribadi penulis.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kesan & akibat yang berlaku ke atas pembaca yang menggunakan mana-mana maklumat & perkongsian yang diambil daripada weblog ini.

Sebarang maklumat yang diambil daripada weblog ini untuk tujuan penerbitan rasmi dalam mana-mana medium perlu dimaklumkan kepada penulis terlebih dahulu dan/atau mesti diletakkan kredit serta pautan asal weblog ini.

Terima kasih.

Reflect&Relax

  • X
©2025 Reflect & Relax | Design by Superb
 

Loading Comments...
 

    %d