Pernah tak awak baca buku atau penulisan bahasa Melayu yang pada mulanya menarik tapi lepas beberapa muka surat, tiba-tiba ia buat mood awak jadi down? Semuanya sebab awak ātersadungā sekejap melihat ayat tergantung atau perkataan yang dieja salah. Nampak seperti ayat tak dibuat pembetulan ayat bahasa Melayu.
Saya percaya, dalam seumur hidup kita pasti kita pernah alami masalah sebegini kan? Memang potong mood bila terserempak dengan kesalahan-kesalahan yang macam ni semasa membaca.
Nampak macam remeh tapi bagi pembaca tegar yang mementingkan kualiti bacaan atau pembaca yang perlu memahami isi kandungan penulisan dengan cepat, masalah ini akan memberikan kesan kepada mereka.
Apabila terjumpa susunan ayat yang tak dapat difahami atau perkataan yang salah pula ejaannya pada banyak tempat dalam penulisan, ia akan mengganggu konsentrasi dan kelancaran bacaan.
Oleh sebab itu, pentingnya sesuatu bahan bacaan berbahasa Melayu disemak dan dibuat pembetulan ayat bahasa Melayu sebelum diterbitkan atau diserahkan kepada pencetak atau penerbit atau penyelia akademik.
Langkah Penting Proses Penulisan: Menyemak Semula Teks
Dalam proses penulisan, menyemak dengan membaca semula teks yang kita tulis merupakan langkah yang penting. Ia untuk memastikan teks yang dikarang bebas daripada kesalahan bahasa dan lancar dari segi bacaan.
Langkah membaca semula teks yang telah siap akan lebih berkesan dengan bantuan āsepasang mata keduaā, iaitu editor berpengalaman. Kadang-kadang, āsepasang mata keduaā lebih tajam daripada mata sendiri.
Lagipun, tak semua penulis mahir dalam mengesan kesalahan bahasa. Editor bahan bertulis atau pembaca pruf (proofreader) berpengalaman boleh membantu penulis menilai penulisan yang dihasilkan.
Editor yang berpengalaman mempunyai kemahiran untuk mengesan kesalahan bahasa sesuatu teks secara terperinci.
Pun begitu, masih ada yang ragu-ragu untuk mengambil servis pembetulan ayat bahasa Melayu daripada editor yang berpengalaman kerana menganggap masalah ini kecil saja.
Di sini saya kongsikan lebih lanjut sebab-sebab utama yang menyebabkan semakan ayat bahasa Melayu penting untuk bahan bertulis. Bahan bertulis ini termasuklah tesis, assignment ilmiah, artikel, artikel jurnal, buku, e-book, iklan, user interface aplikasi dalam talian dan lain-lain.
5 Sebab Kenapa Semakan Ayat Penting
1) Penulisan Jelas dan Isinya Sampai
Sesebuah isi kandungan penulisan yang difahami dan sampai maksudnya kepada pembaca menandakan bahawa penulisan itu jelas dan teratur.
Bayangkan apabila seseorang itu mengarang cerita atau mengolah maklumat tanpa ada hujung dan pangkalnya. Tak tahu mana satu isi penting yang perlu diutamakan dan isi yang perlu dikemudiankan.
Kelancaran dari segi olahan dan aliran maklumat dalam sesebuah penulisan penting untuk membolehkan pembaca menghubungkaitkan setiap fakta atau cerita yang dibaca.
Setiap perenggan misalnya, difokuskan pada satu isi utama tanpa melompat ke topik lain. Pada masa sama, kita juga tak mahu pembaca hilang fokus apabila ayat terlalu panjang, berbelit atau tak ada kesinambungan.
Dalam hal ini, editor bahan bertulis akan berusaha memperbaik olahan perenggan atau keseluruhan penulisan. Ayat yang terlalu berjela akan diringkaskan tanpa hilang maksud.
Untuk pastikan kesinambungan penulisan pula, pembetulan atau penambahan kata penanda wacana akan dimasukkan pada bahagian yang perlu.
Apabila penulisan ada aliran yang baik, pembaca pun lebih senang faham dan tak mudah salah tafsir tentang perkara yang dibaca.
2) Teks Tersusun dan Menarik
Matlamat sesebuah penulisan bukan saja untuk menyampaikan maksud tetapi juga menjaga mata pembaca daripada tersangkut pada ejaan yang salah dan tanda baca yang tak kena tempat atau hilang.
Ejaan yang salah dan tanda baca yang tidak diletakkan pada tempatnya akan mengundang sedikit keresahan bagi pembaca yang benar-benar memerhati setiap kata dalam teks yang dibacanya.
Cuba lihat kedua-dua ayat ini ā āSaya nak makan Makā dan āSaya nak makan, Makā. Ada perbezaan kan? Bila kita sedar tempat letak tanda baca yang betul, maksudnya terus berubah.
Kesalahan-kesalahan ākecilā ini tak dinafikan akan sedikit sebanyak mengganggu kelancaran bacaan seseorang. Hal remeh ini juga mungkin dipandang sebelah mata sahaja tetapi impaknya besar apabila ia dapat dibaiki.
Susunan aksara yang betul bagi setiap ejaan perkataan dan peletakan tanda baca yang tepat ini boleh disemak oleh editor yang berpengalaman. Editor bahan bertulis yang berpengalaman mempunyai kemahiran perincian yang teliti terhadap teks yang mereka semak.
Jangan biarkan pembaca teks kita āsakit hatiā melihat perkataan yang dieja salah atau tanda baca yang hilang.
Apabila susun atur teks nampak kemas dan bebas daripada kesalahan ejaan serta tanda baca, pembaca akan lebih cenderung memberikan maklum balas yang baik terhadap bahan bacaan mereka.
Percayalah, jika perkara sekecil ini diambil berat, ia akan memberikan penampilan yang berbeza terhadap rupa keseluruhan penulisan kita.
Oleh sebab itulah, semakan bagi pembetulan ayat bahasa Melayu oleh editor berpengalaman adalah penting. Penulis dokumen bahasa Melayu kadang-kala terlepas pandang tentang perkara ini. āSepasang mata keduaā ā editor atau proofreader boleh membantu dalam hal ini.
3) Minimumkan Kesalahan Tatabahasa
Kesilapan tatabahasa mungkin antara kesalahan yang mungkin tak begitu disedari oleh seseorang penulis. Sebabnya ialah kebanyakan penulis akan menulis ikut sedap ayat mereka sahaja.
Lagipun, tak semua orang masih ingat ilmu tatabahasa yang mereka pelajari ketika di sekolah dulu kan?
Tabiat menulis seperti ini sebenarnya boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca, khususnya yang berminat untuk belajar bahasa Melayu melalui pembacaan.
Oleh itu, ada peraturan asas tatabahasa yang masih perlu diperhatikan dalam sesebuah penulisan.
Patuh terhadap asas tatabahasa ketika menulis akan membiasakan kita dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Bukan itu saja, keseragaman tatabahasa dalam keseluruhan teks akan memperkemas penampilan teks dan melancarkan bacaan.
Penggunaan perkataan āialahā dan āadalahā dalam ayat misalnya, mempunyai peraturan tertentu yang perlu diikuti. Bagi mata pembaca yang cerewet dalam hal keseragaman tatabahasa ini, ia pasti menganggu kelancaran bacaan mereka.
Editor bahan bertulis yang berpengalaman akan mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas tatabahasa. Jadi, biar editor sahaja yang menyemak dan membuat pembetulan ayat bahasa Melayu untuk awak.
4) Tingkatkan Kredibiliti Penulis
Sebenarnya, usaha untuk melakukan semakan ayat dan seterusnya membuat pembetulan ayat boleh menjadi antara faktor utama dalam menentukan kualiti maklumat dan kredibiliti penyampai maklumat.
Sebagai seorang penulis untuk sesuatu bahan penulisan yang akan dibaca oleh orang lain, awak tentunya mahukan pembaca mempunyai first impression yang baik tentang diri awak sebagai pengkarya.
Jika penulisan awak tampak sambil lewa, iaitu seolah-olah tak kisah tentang susunan ayat yang betul dan beraliran, pemilihan perkataan yang tak tepat, ejaan dan tanda baca yang salah, bukankah ia akan mencalar āpandangan pertamaā pembaca?
Penulis dikenali melalui penulisannya. Apabila penulisannya sentiasa menarik, teratur dan kemas, pembaca pastinya akan mahu mengenali penulisnya dengan lebih dekat lagi. Mereka tentunya nak tahu idea lanjut atau buku seterusnya daripada penulis.
Kita perlu ingat bahawa bahan bertulis bukan sekadar mengandungi maklumat yang ingin disampaikan, tetapi juga perlu mempunyai susunan ayat yang kemas, atur letak huruf; aliran, gaya dan nada bacaan; atur letak tanda baca; dan struktur atur letak setiap muka surat.
Semua ini boleh mencerminkan gaya dan imej seseorang penulis atau organisasi yang mewakilinya. Gaya penulisan yang betul dan tersusun pada akhirnya akan memberikan gambaran bahawa penulis tersebut serius, teliti dan boleh dipercayai.
Oleh sebab itu, tugas membuat pembetulan ayat bahasa Melayu oleh editor atau penyunting yang berpengalaman adalah mustahak. Ia boleh membantu untuk menonjolkan sisi profesionalisme dan sifat bertanggungjawab penulis terhadap penulisannya.
5) Kukuhkan Pengalaman Baca
Semakan dan membuat pembetulan ayat bahasa Melayu bagi bahan bertulis membantu penulis untuk memberikan pengalaman membaca yang baik.
Pengalaman membaca yang baik bermaksud tahap kemampuan untuk pembaca memahami, meyakini dan selesa dengan bacaan mereka adalah tinggi. Penerimaan yang positif oleh pembaca terhadap maklumat yang ditulis ini boleh dibantu melalui semakan dan membuat pembetulan ayat.
Hal ini terbukti melalui satu kajian yang menilai kesan penulisan artikel penyelidikan ekonomi oleh pelajar PhD yang telah melalui proses penyuntingan atau editing oleh editor dengan artikel sama yang tidak melalui proses penyuntingan (unedited) terhadap persepsi panel penilai atau reviewer (pakar ekonomi dan pakar penulisan yang juga editor profesional).
Menariknya, kajian oleh JanāÆFeld, CorinnaāÆLines dan LibbyāÆRoss (2024) ini menemukan bahawa artikel penyelidikan yang sudah melalui proses pembetulan ayat dan bahasa, iaitu penyuntingan adalah lebih berkualiti dan mempunyai peratusan tinggi untuk diterima oleh pihak jurnal akademik berbanding dengan artikel yang tidak diedit.
Ada beberapa lagi kajian yang hampir serupa dengan yang disebutkan di atas dan kebanyakannya merumuskan hasil yang sama. Oleh sebab itulah, pengalaman membaca yang baik perlu diambil kira juga kerana ia sudah terbukti.
Apabila ayat disusun dengan baik dan bebas daripada gangguan kesalahan ejaan; pengulangan yang tak sengaja; atau struktur yang janggal; pembaca akan lebih selesa dan fokus menghayati isi. Ini menjadikan pengalaman membaca lebih menyenangkan dan berkesan.
Untuk mendapatkan penerimaan yang baik daripada pembaca teks bahasa Melayu misalnya, editor bahan bertulis yang berpengalaman boleh membantu awak untuk membuat pembetulan ayat bahasa Melayu.
Ingat ya, kefahaman, kelancaran, kekemasan dan keyakinan merupakan ciri-ciri penting dalam penulisan agar seseorang penulis diterima baik oleh pembacanya.
Bolehkah Guna Alat Semak Ayat Bahasa Melayu Online?
Okay, bolehkah kita gunakan alat semak ayat bahasa Melayu online dalam hal ini? Pada zaman serba digital ini, memang ada banyak alat semakan automatik atau tatabahasa checker yang boleh diakses secara percuma atau berbayar.
Namun begitu, sejauh manakah alat ini dapat menolong seseorang penulis dalam membetulkan ayat bahasa Melayu?
Biasanya, alat semak ayat bahasa Melayu ini dikatakan boleh berfungsi untuk mengesan kesalahan ejaan, kesalahan imbuhan yang mudah dan kemudian menyediakan cadangan pembetulan secara automatik.
Antara contoh alat yang sering digunakan untuk semak kesalahan bahasa ialah Google Docs bagi semakan ejaan asas; LanguageTool, Grammarly dan plugin semak ejaan bahasa Melayu.
Ada juga alat parafrasa bahasa Melayu dalam talian yang dikatakan boleh menukar bentuk ayat asal kepada ayat baharu tanpa mengubah maksud.
Alat-alat ini agak berguna juga tapi masih ada kelemahan dan kekangan, terutamanya untuk tujuan semak ayat dalam bahasa Melayu.
Batasan alat semak ayat bahasa Melayu
Aplikasi atau laman semak ayat bahasa Melayu ini biasanya tak faham konteks sesuatu penulisan. Ia tak dapat menilai sama ada sesuatu ayat itu logik atau sesuai dengan aliran penulisan.
Alat semak ayat ini juga terhad kepada pembetulan ayat bagi kesalahan ejaan dan tatabahasa yang sangat asas sahaja.
Berdasarkan pengalaman, alat seperti ChatGPT misalnya, masih belum mampu membezakan penggunaan kata pemeri, āialahā dan āadalahā dalam ayat.
Selain itu, pilihan bahasa juga terhad dan tak ada pilihan untuk semakan ayat bahasa Melayu.
Paling utama, kreativiti alat ini dalam membentuk ayat yang beraliran dan bernada semula jadi masih boleh dicabar oleh bakat dan kebijaksanaan manusia.
Inilah sebabnya pembetulan ayat oleh editor berpengalaman masih diperlukan. Kalau mahukan penulisan yang semula jadi dan tak kaku, manusia tetap jadi pilihan untuk jadi tukang semak ayat.
Apa-apa pun, tatabahasa checker dan alat semak ayat bahasa Melayu online boleh saja jadi alat bantuan awal. Tapi, untuk pembetulan ayat yang lebih tepat, manusia tetap pilihan terbaik.
Jika kalian menulis sesuatu yang penting seperti tesis, surat rasmi, kandungan profesional atau artikel blog sekalipun, ciri sentuhan manusia (human touch) ini sangat diperlukan!
Hasil Akhir Pembetulan Ayat Bahasa Melayu
Bahan yang sudah melalui proses semakan ejaan bahasa Melayu, semakan tatabahasa dan semakan struktur ayat boleh memberikan pengalaman baca yang lebih baik dan lancar.
Matlamat akhir proses menyunting atau mengedit bahan bertulis adalah untuk memastikannya mampu menyatakan mesej dengan jelas, kemas, sampai maksudnya dan berkesan kepada khalayak.
Kesimpulannya, pembetulan ayat bahasa Melayu bagi bahan yang anda tulis sebenarnya penting untuk menangkap perhatian pembaca teks kita. Ini boleh dilakukan dengan bantuan seorang editor bahan bertulis.
Editor bahan bertulis bukan sekadar membaca teks dan membetulkan ejaan, kerja mereka menuntut ketelitian dan penilaian terhadap keberkesanan olahan penulisan maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis.
Semua itu perlu dilakukan dengan cara yang cermat dan penuh ketelitian terhadap perincian sesebuah struktur penulisan. Paling mudah, serah saja tugas editing ini kepada yang berpengalaman.
Dapatkan Khidmat Editing dan Proofreading
Untuk dapatkan servis semak ayat atau pembetulan ayat bagi dokumen atau bahan bertulis berbahasa Melayu daripada editor berpengalaman, boleh saja klik di sini.āļø
Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada āada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.ā