Skip to content
Reflect & Relax
Menu
  • REFLEKSI
  • TIPS
  • MAKAN²
  • JALAN²
  • RAWAK
  • SERVIS
  • HUBUNGI
Menu

Kiriman Poskad Peribadi

Posted on 19/07/201802/09/2018 by Nurhasyima H.

Sejak awal tahun ini saya telah berazam untuk mengirim poskad kepada diri sendiri selain kepada mereka yang tersayang sekiranya berpeluang berjalan-jalan ke negara atau tempat istimewa di dalam mahupun di luar negara. Itupun jika pejabat pos di kawasan itu beroperasi atau ada yang sudi membantu mengepos poskad saya.

Saya mendapat inspirasi untuk memulakan tabiat mengirim poskad kepada diri ini daripada penulis novel kegemaran saya, Puan Nisah Haron. Beliau pernah menceritakan perkara ini di dalam akaun Instagram miliknya menyebabkan saya teruja untuk memulakannya.

Justeru, untuk tahun ini, saya berkesempatan mengirim poskad bukan sahaja untuk diri tetapi mereka yang tersayang dari Cameron Highlands ketika bercuti hujung minggu di sana pada awal tahun ini dan dari Sydney, Australia ketika bercuti panjang bersama adik dan rakan saya, awal bulan Mei lalu.

Ya mungkin bunyinya agak janggal tetapi menulis dan mengirim poskad buat diri sendiri bertujuan untuk merakamkan serba ringkas kenangan paling indah ataupun pahit ketika berada di tempat orang. Semua ini untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan selain boleh menjadi coretan diari ringkas.

Sebagai seorang yang berhati tisu dan sentimental, keterujaan menantikan ketibaan poskad di dalam peti surat adalah antara perasaan ingin saya rasai. Pada zaman ini, semakin jarang orang mahu menulis dan mengepos surat atau poskad. Saya pula sebenarnya suka terima sesuatu melalui pos berbanding mesej atau gambar yang dihantar menerusi platform aplikasi media sosial.

Malah beberapa tahun dulu saya sanggup daftar diri dalam komuniti penghantaran poskad dari pengirim rawak seluruh dunia semata-mata mahu merasai perasaan teruja menerima sesuatu di peti surat. Hahaha ! Ya saya adalah sejenis manusia yang seperti itu – suka menghargai perkara-perkara kecil begini walau hanya sekeping poskad.

Aktiviti kiriman poskad secara rawak itu bagaimanapun tertangguh sejak saya pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang (sebelum ini saya bertugas di Melaka). Mungkin saya perlu mulakan semula. Kadang-kala dalam hidup ini, kita perlukan sedikit kejutan kecil yang mampu membuatkan hati ini ceria walaupun sebentar.

Kiriman poskad secara rawak ini bukan sekadar untuk menggembirakan hati sendiri tetapi cerita yang dikongsi oleh pengirim boleh membuka mata kita tentang perkara baru dari berbagai lokasi negara.

Untuk mereka yang mungkin berminat dengan aktiviti kiriman poskad dari pengirim rawak seluruh dunia, boleh cuba daftar diri di laman web www.postcrossing.com. Saya bukan duta laman web ini tapi sekadar ingin berkongsi perkara kecil yang siapa tahu boleh mengundang ceria di hati.

Mereka yang baru ingin bermula atau gemar mengumpul setem atau poskad juga boleh mencuba hobi baru ini. Semoga ia boleh menjadi terapi unik untuk mereka yang ingin lari dari hambatan pantas kiriman mesej menerusi internet dan aplikasi media sosial ketika ini. ~❤️NH

 

 

Nurhasyima H.
Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”

Kongsikan Di:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn

Like this:

Like Loading...

Related

Hai! Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini :Cancel reply

SALAM KENAL

Nurhasyima H.

Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Eks-jurnalis. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.” Right now, positivity and joy are my priorities. ❤🎈 _ Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi boleh e-mel di hello.reflectandrelax@gmail.com.

View Full Profile →

PETI SURAT

hello.reflectandrelax@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi. 🙂

Titipan Terbaru

  • Pembetulan Ayat Bahasa Melayu Bertulis: Kenapa Ia Penting?
  • Resipi dan Cara Masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat
  • 7 Jenis Kesalahan Dimaafkan Allah Yang Maha Pemaaf

TITIPAN HOT

  • Resepi Nasi Goreng Udang Kering Cili Hidup Mudah & Sedap
    Resepi Nasi Goreng Udang Kering Cili Hidup Mudah & Sedap
  • Tempat Makan Menarik Di Pulau Pinang: Rumah Cafe
    Tempat Makan Menarik Di Pulau Pinang: Rumah Cafe
  • 7 Jenis Kesalahan Dimaafkan Allah Yang Maha Pemaaf
    7 Jenis Kesalahan Dimaafkan Allah Yang Maha Pemaaf

TITIPAN LALU

KATEGORI

  • JALAN² (7)
  • MAKAN² (17)
  • RAWAK (2)
  • REFLEKSI (5)
  • SERVIS (2)
  • TIPS (11)

Tags

#Allah #alquran #bertam #checklist #halal #hatyai #inspirasi #islam #jalanjalan #jjcm #jurnalseoulsisters #karipap #kedah #kembaramusimluruh #kepalabatas #koreaselatan #kuih #pulaupinang #makanmakan #muhammadsaw #puasa #ramadan #ramadhan #rawak #refleksi #resepi #seafood #seoul #tempatmakan #tempatmenarik #thailand #tok australia ibadah inspirasi membawang poskad r&r reflect sedekah solat surau sydney syukur timbangrasa tips

NAK CARI APA TU?

JEJAK

  • 73,529 hits

TRANSLATE THIS BLOG

PENAFIAN

Isi kandungan dalam weblog Reflect & Relax ini hanya penulisan santai berdasarkan pengalaman & pendapat peribadi penulis.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kesan & akibat yang berlaku ke atas pembaca yang menggunakan mana-mana maklumat & perkongsian yang diambil daripada weblog ini.

Sebarang maklumat yang diambil daripada weblog ini untuk tujuan penerbitan rasmi dalam mana-mana medium perlu dimaklumkan kepada penulis terlebih dahulu dan/atau mesti diletakkan kredit serta pautan asal weblog ini.

Terima kasih.

Reflect&Relax

  • X
©2025 Reflect & Relax | Design by Superb
 

Loading Comments...
 

    %d