Labu siam ialah antara sayur kegemaran Mak saya. Kebiasaannya, apa yang menjadi kesukaan Mak, berkemungkinan juga menjadi kegemaran seluruh ahli keluarga. Hal ini demikian kerana apa saja yang Mak masak dan hidangkan di rumah, kami hanya makan saja. Tak boleh memilih-milih. Paling tidak pun, menjamah masakannya sedikit walaupun kurang gemar dengan apa yang dihidangkan. Begitulah…