Skip to content
Reflect & Relax
Menu
  • REFLEKSI
  • TIPS
  • MAKAN²
  • JALAN²
  • RAWAK
  • SERVIS
Menu

Tempat Makan Menarik Di Alor Setar: Laksa Teluk Kechai Zakaria

Posted on 27/09/201903/10/2019 by Nurhasyima H.

Kali ni saya nak cerita tentang makanan kegemaran saya iaitu laksa! Secara spesifiknya laksa utara.

Laksa utara sangat dekat di hati saya berbanding laksa di bahagian pantai timur, selatan atau Sarawak. Mungkin juga kerana saya dibesarkan di Pulau Pinang dan sudah biasa dengan rasanya.

Bahan utama untuk membuat kuah laksa utara ialah ikan, lada kering, bawang merah, asam keping, sedikit belacan, bunga kantan dan daun kesum.

Paling penting kuahnya mesti sedap dan makan pula laksa bersama hirisan nenas dan daun pudina. Ah sudah, meleleh pula air liur bila bayangkannya. Hehehe. Itu untuk laksa Penanglah. Lain negeri, lain bahan untuk laksanya.

Jadinya, hampir setiap minggu saya mesti akan gigih mencari laksa; sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu. Hehehe.

Alhamdulillah untungnya saya tinggal di utara kerana laksa yang sedap dan murah senang dicari terutama di bahagian Seberang Prai, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Laksa Kedah / Laksa Teluk Kechai Zakaria.

Saya faham bukan semua orang menyukai laksa kerana ada yang tidak suka dengan rasa masam-masam kuah ikan yang perlu dimakan dengan mi laksa.

Tetapi, jika kalian sejenis yang gemar mencuba sesuatu yang baru, memang tak sah kalau tak cuba pelbagai jenis laksa yang ada di Malaysia. Apatah lagi, untuk hantu laksa macam saya.

Antara laksa kesukaan saya ialah laksa di kawasan Teluk Kechai, Alor Setar, Kedah. Kalian kalau berkunjung ke Alor Setar, jangan lepaskan peluang singgah di kawasan ini.

Biasanya saya dan keluarga suka berkunjung ke kedai Laksa Teluk Kechai Zakaria atau Zakaria Laksa Teluk Kechai atau ada juga yang panggil Laksa Zakaria Teluk Kechai di Jalan Kuala Kedah.

(Kiri) Orang ramai beratur untuk membeli laksa bungkus. Pekerja Laksa Teluk Kechai sedang sediakan berbungkus-bungkus kuah laksa untuk pelanggan.
(Tengah) Laksa Teluk Kechai, makan dengan sambal kelapa
berwarna oren dan hirisan daun putat.
(Kanan) Orang ramai memenuhi meja di Kedai Laksa Teluk Kechai Zakaria.

Setiap kali datang ke sini, semua meja pasti hampir penuh. Ramainya orang yang datang makan. Mungkin ada yang pernah datang, tapi menganggap rasanya biasa-biasa sahaja.

Mungkin kerana resepi kuah Laksa Teluk Kechai Zakaria yang agak cair tidak seperti laksa asam Penang. Namun, itulah keistimewaannya.

Sebenarnya, laksa yang cair itu perlu digaul makan bersama dengan sambal kelapa atau orang Kedah panggil sambal nyiok dan perah sama limau nipis yang disediakan. Hmmm hmmm barulah rasanya memikat.

Uniknya, sambal kelapa laksa Teluk Kechai ni nama saja sambal, tapi tak pedas pun. Jadi, jangan risau. Ia malahan membuatkan kuah laksa Teluk Kechai rasa lemak-lemak manis gituuu dan pastinya lebih sedap!

Satu lagi kelainan laksa di sini ialah ia dimakan bersama dengan hirisan daun pucuk putat; di samping potongan nipis timun, bawang merah dan daun salad.

Daun pucuk putat ini biasanya orang buat ulam makan dengan sambal belacan dan nasi. Daun ni mungkin beri rasa sedikit kelat tetapi taklah terlalu ketara. Haa…cuba jangan tak cuba ya, lain daripada yang lain ni.

Sambal nyiok berwarna oren dan hirisan daun pucuk putat menjadi bahan istimewa yang membuatkan rasa laksa Teluk Kechai ini lain daripada yang lain.

Kalau tak sempat nak menjamu selera di kedai Laksa Teluk Kechai Zakaria ni, sama ada sebab tempat duduk penuh atau ada rancangan lain, boleh saja beli bungkus dan bawa balik.

Jika kalian nak beli laksa dalam kuantiti yang banyak, Laksa Teluk Kechai Zakaria menjualnya mengikut berat. Lebih jimat dan boleh makan berulangkali.

Teringat dulu, ketika Ayah saya masih bekerja di sana, beliau sering bawa balik laksa ni sekurang-kurangnya 1 kilogram setiap kali beliau pulang ke Pulau Pinang.

Saya tak pasti harganya dulu berapa tapi sekarang untuk 1 kilogram Laksa Teluk Kechai Zakaria, harganya RM15. Setengah kilogram, RM7.50 manakala sebungkus laksa biasa untuk seorang ialah RM4.

Harganya pun berpatutan sesuai dengan rasa dan popularitinya.

Tunggu apa lagi, siapa yang kebetulan merancang ke Alor Setar, Kedah atau dah memang berada di kawasan sekitar, singgahlah rasa laksa di sini.

Oh lupa, sambil makan laksa, kalian boleh juga order sate dan ais kacang di sini. Makan santai-santai pada waktu petang bersama keluarga dan kawan-kawan.

Selain laksa, kedai ini juga menjual sate, ais batu campur (ABC), cendol laici kang,
sagu gula Melaka dan kuih tradisional lain.

Lokasi Kedai Laksa Teluk Kechai Zakaria

No. 250, Jalan Kuala Kedah, Kampung Klong Hoi, 
06600 Alor Setar, Kedah.

Lokasi kedai ni terletak di tepi Jalan Kuala Kedah, menghala Simpang Kuala. Boleh nampak dengan jelas papan tanda kedai.

Kalau kalian menghala ke Kuala Kedah, kalian perlu buat pusingan U untuk ke kedai ni (maksudnya kedai ni bukan di bahagian jalan yang menghala Kuala Kedah walaupun nama jalannya Jalan Kuala Kedah, jadi jangan tersilap).

Kedai Zakaria Laksa Teluk Kechai terletak di tepi Jalan Kuala Kedah dan parkir kenderaan kalian di hadapan kedai atau kawasan sekitar yang sesuai.

Kalau tak jumpa, boleh cari nama kedai ni di Google Map. Ia buka setiap hari kecuali hari Jumaat, bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam.

Jangan lupa cuba tau sebab ini antara tempat makan best di Alor Setar, Kedah. Okay, selamat mencari dan selamat jalan-jalan cari makan!~❤️NH

Nurhasyima H.
Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”

Kongsikan Di:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn

Like this:

Like Loading...

Related

Hai! Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini :Cancel reply

TRANSLATE THIS BLOG

SALAM KENAL

Nurhasyima H.

Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Eks-jurnalis. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.” Right now, positivity and joy are my priorities. ❤🎈 _ Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi boleh e-mel di hello.reflectandrelax@gmail.com.

View Full Profile →

PETI SURAT

hello.reflectandrelax@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi. 🙂

Titipan Terbaru

  • Resepi & Cara Masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat
  • 7 Jenis Kesalahan Yang Dimaafkan Allah
  • Cara Mudah Untuk Teruskan Amalan Selepas Ramadhan (Ramadhan Activity Checklist)

TITIPAN HOT

  • Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
    Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
  • 51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
    51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
  • Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
    Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
  • Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
    Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
  • 5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah
    5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah

TITIPAN LALU

KATEGORI

  • JALAN² (7)
  • MAKAN² (17)
  • RAWAK (2)
  • REFLEKSI (5)
  • SERVIS (1)
  • TIPS (11)

Tags

#Allah #alquran #bertam #checklist #halal #hatyai #inspirasi #islam #jalanjalan #jjcm #jurnalseoulsisters #karipap #kedah #kembaramusimluruh #kepalabatas #koreaselatan #kuih #pulaupinang #makanmakan #muhammadsaw #puasa #ramadan #ramadhan #rawak #refleksi #resepi #seafood #seoul #tempatmakan #tempatmenarik #thailand #tok australia ibadah inspirasi membawang poskad r&r reflect sedekah solat surau sydney syukur timbangrasa tips

NAK CARI APA TU?

JEJAK

  • 72,546 hits

PENAFIAN

Isi kandungan dalam weblog Reflect & Relax ini hanya penulisan santai berdasarkan pengalaman & pendapat peribadi penulis.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kesan & akibat yang berlaku ke atas pembaca yang menggunakan mana-mana maklumat & perkongsian yang diambil daripada weblog ini.

Sebarang maklumat yang diambil daripada weblog ini untuk tujuan penerbitan rasmi dalam mana-mana medium perlu dimaklumkan kepada penulis terlebih dahulu dan/atau mesti diletakkan kredit serta pautan asal weblog ini.

Terima kasih.

Reflect&Relax

  • X
©2025 Reflect & Relax | Design by Superb
 

Loading Comments...
 

    %d