Saban tahun ribuan naskhah al-Quran dan buku teks agama diulang cetak untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan komuniti Muslim di negara kita. Jika dibandingkan cetakan al-Quran dahulu dengan sekarang, berbagai-bagai jenis rekaletak kulit al-Quran bersama dengan isi kandungan tulisan atau kalimah suci yang berwarna-warni dikeluarkan pada masa ini. Semua ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat khususnya…