Skip to content
Reflect & Relax
Menu
  • REFLEKSI
  • TIPS
  • MAKAN²
  • JALAN²
  • RAWAK
  • SERVIS
Menu

6 Perkara Yang Tidak Sepatutnya Anda Lakukan Di Surau R&R

Posted on 19/07/201820/07/2018 by Nurhasyima H.

Semua orang sedia maklum surau Hentian Rehat & Rawat (R&R) di laluan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) disediakan untuk kegunaan mereka yang beragama Islam. Kemudahan tempat beribadat tersebut dilengkapi ruang yang selesa; sejadah dan telekung; naskhah Al-Quran dan buku doa; tempat mengambil wuduk; cermin dandanan; dan rak kasut.

Kelengkapan di dalam surau berkenaan sepatutnya dimanfaatkan secara bersama. Bagaimanapun, daripada pengamatan sepanjang pengalaman menggunakan surau R&R, masih terdapat pengguna yang bersikap mementingkan diri sendiri tanpa mengambilkira keperluan dan perasaan orang lain.

Di sini, saya kongsikan 6 perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan ketika menggunakan kemudahan surau R&R bagi mengelakkan anda mengulangi perkara yang sama.

1) Tidak Mahu Berkongsi Sejadah

Perbuatan tidak mahu berkongsi sejadah iaitu enggan melintangkan tikar sembahyang supaya boleh digunakan untuk dua orang adalah salah satu sikap mementingkan diri sendiri yang tidak sepatutnya berlaku terutama ketika kita sedang bersiap sedia mengadap Tuhan.

Mereka yang bersikap sedemikian boleh menyumbang kepada masalah ‘kesesakan’ menunggu giliran untuk bersolat di dalam surau. Memburukkan keadaan apabila tanpa segan silu ia dilakukan juga ketika waktu puncak iaitu antara tempoh selepas masuk waktu Zohor dan Asar.

Jadi, apa salahnya jika anda cuba lintangkan sejadah mengadap Kiblat dan sedia berkongsinya dengan pengguna lain yang juga mahu menunaikan kewajipan sama. Bukan sahaja lebih ramai berpeluang solat pada masa sama malah membantu menjimatkan waktu semua. Berkongsi sesuatu yang baik itu amalan mulia yang disukai Allah dan disenangi masyarakat.

InsyaAllah anda tentunya beroleh ganjaran pahala dari Allah dek kerana keikhlasan sikap bertimbang rasa dan mahu memudahkan urusan ibadah solat pengguna lain.

2) Membiarkan Pintu Surau Terbuka

Pintu surau yang dibiarkan terbuka boleh mengundang mata mereka yang berada di luar melihat ke dalam surau. Surau sepatutnya menjadi tempat yang selamat dan selesa terutama untuk golongan Muslimah yang ingin bersiap sedia untuk bersolat.

Pengguna wanita biasanya akan menanggalkan tudung atau hijab mereka di dalam surau untuk mengambil wuduk sebelum bertelekung. Bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang seolah-olah tidak kisah tanggungjawab menjaga aurat masing-masing apatah lagi aurat Muslim yang lain menyebabkan mereka membiarkan pintu tidak ditutup rapat.

Jika tidak mahu menjaga aurat sendiri sekalipun, cuba sekurang-kurangnya memahami dan menyokong mereka yang mahu berbuat demikian. Sebaik masuk ke dalam surau, tutup pintu dengan rapat supaya ruang privasi jemaah surau tidak terganggu.

3) Tidak Melipat Sejadah Dan Sangkut Kain/Telekung Dengan Rapi

Individu yang tidak bertanggungjawab akan membiarkan sahaja kedua-dua kelengkapan solat ini bersepah atau berselerak di lantai surau. Ambil sedikit masa untuk melipat dan meletakkan kelengkapan itu pada tempatnya.

Sejadah dan kain/telekung yang disusun di rak atau tempat sangkut yang disediakan akan membuatkan surau kelihatan lebih kemas, bersih dan tenang. Ia juga akan memudahkan pengguna selepas itu untuk mendapatkan kelengkapan tersebut tanpa perlu mengutip sejadah atau kain/telekung yang tidak bersusun.

4) Bercakap Dengan Kuat Ketika Orang Lain Beribadah

Ini sikap yang tidak patut berlaku ketika berada di dalam surau. Sedang kita cuba khusyuk berbicara dengan Tuhan, ada pula segelintir kumpulan yang sibuk bercerita sesama mereka dengan nada suara kuat sambil bergelak ketawa sehingga mengganggu konsentrasi mereka yang bersolat.

Sebelum membuka mulut, pandang sekeliling anda dan nilai sama ada ia tempat yang sesuai untuk anda bersungguh-sungguh berkongsi cerita dengan rakan atau saudara anda yang lain. Surau sepatutnya menjadi tempat yang sunyi dan damai sesuai dengan tujuannya.

5) Kasut Tidak Disusun Di Rak Yang Disediakan

Pergilah ke mana-mana surau R&R, kasut dan selipar berselerakkan di hadapan pintu surau sudah menjadi pemandangan biasa. Bukan tidak ada rak yang luas disediakan tetapi masyarakat kita berat tulang untuk mengangkat kasut atau selipar mereka ke rak berkenaan.

Penyediaan kemudahan rak kasut berkualiti di setiap R&R pastinya menelan kos tinggi. Sedangkan rak kasut material plastik pun harganya mencecah puluhan ringgit, apatah lagi dari material logam keras. Cuba kita sama-sama manfaatkan rak kasut surau selepas ini agar keadaan nampak lebih kemas.

6) Tidak Bertimbang Rasa Ketika Menggunakan Kemudahan Cermin

Ini untuk pengguna wanita yang gemar berlama-lamaan berdandan di hadapan cermin sehingga menyebabkan pengguna lain terpaksa menunggu. Memang tidak dinafikan terdapat pelbagai penggayaan tudung dan solekan yang ingin disempurnakan, namun cuba pendekkan masa anda dengan memilih gaya paling ringkas.

Jika anda masih ingin mengekalkan gaya tudung dan solekan yang akan mengambil masa lama untuk disempurnakan, anda boleh menggunakan cermin dandanan yang banyak tersedia di ruang bilik air R&R. Bertimbang rasa lebih baik daripada mementingkan diri sendiri. ~❤️NH

 

Nurhasyima H.
Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”

Kongsikan Di:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn

Like this:

Like Loading...

Related

Hai! Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini :Cancel reply

TRANSLATE THIS BLOG

SALAM KENAL

Nurhasyima H.

Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Eks-jurnalis. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.” Right now, positivity and joy are my priorities. ❤🎈 _ Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi boleh e-mel di hello.reflectandrelax@gmail.com.

View Full Profile →

PETI SURAT

hello.reflectandrelax@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi. 🙂

Titipan Terbaru

  • Resepi & Cara Masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat
  • 7 Jenis Kesalahan Yang Dimaafkan Allah
  • Cara Mudah Untuk Teruskan Amalan Selepas Ramadhan (Ramadhan Activity Checklist)

TITIPAN HOT

  • 51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
    51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
  • Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
    Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
  • 5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah
    5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah
  • Tempat Makan Menarik Di Yong Peng, Johor: Restoran Kari Kambing 40 Hari
    Tempat Makan Menarik Di Yong Peng, Johor: Restoran Kari Kambing 40 Hari
  • 3 Cara Untuk Menjadi Rajin
    3 Cara Untuk Menjadi Rajin

TITIPAN LALU

KATEGORI

  • JALAN² (7)
  • MAKAN² (17)
  • RAWAK (2)
  • REFLEKSI (5)
  • SERVIS (1)
  • TIPS (11)

Tags

#Allah #alquran #bertam #checklist #halal #hatyai #inspirasi #islam #jalanjalan #jjcm #jurnalseoulsisters #karipap #kedah #kembaramusimluruh #kepalabatas #koreaselatan #kuih #pulaupinang #makanmakan #muhammadsaw #puasa #ramadan #ramadhan #rawak #refleksi #resepi #seafood #seoul #tempatmakan #tempatmenarik #thailand #tok australia ibadah inspirasi membawang poskad r&r reflect sedekah solat surau sydney syukur timbangrasa tips

NAK CARI APA TU?

JEJAK

  • 72,546 hits

PENAFIAN

Isi kandungan dalam weblog Reflect & Relax ini hanya penulisan santai berdasarkan pengalaman & pendapat peribadi penulis.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kesan & akibat yang berlaku ke atas pembaca yang menggunakan mana-mana maklumat & perkongsian yang diambil daripada weblog ini.

Sebarang maklumat yang diambil daripada weblog ini untuk tujuan penerbitan rasmi dalam mana-mana medium perlu dimaklumkan kepada penulis terlebih dahulu dan/atau mesti diletakkan kredit serta pautan asal weblog ini.

Terima kasih.

Reflect&Relax

  • X
©2025 Reflect & Relax | Design by Superb
 

Loading Comments...
 

    %d