Skip to content
Reflect & Relax
Menu
  • REFLEKSI
  • TIPS
  • MAKAN²
  • JALAN²
  • RAWAK
  • SERVIS
Menu

3 Cara Untuk Menjadi Rajin

Posted on 07/01/202007/01/2020 by Nurhasyima H.

Pernah tak kalian berazam menjadi seseorang yang sentiasa rajin dalam melakukan sesuatu perkara atau kerja? Walau apa pun yang terjadi, kalian tetap mahu buat juga perkara atau kerja tersebut mengikut jadual.

Awal-awal tahun ni, pasti ada azam yang sedemikian kan? Sebenarnya mampu atau tidak untuk kita berada dalam keadaan rajin sentiasa ni? Haha. Saya pasti semua orang struggle untuk menjadi rajin kan?

Saya pun selalu struggle juga! Kadang-kadang sampai putus asa dengan diri sendiri kerana selalu gagal kekalkan momentum kerajinan tersebut.

Biasanya, kita akan menyalahkan distractions yang banyak di sekeliling selain perasaan malas atau bosan yang menerpa dalam diri; sedangkan perkara tersebut boleh saja dikawal jika kita ada perancangan yang baik bersama tahap disiplin yang tinggi. Huhuhu.

Selepas beberapa ketika iaitu bila mood rajin kembali (jika bernasib baiklah! haha), barulah kita terkedek-kedek nak mulakan kerajinan tersebut semula.

Baru-baru ini, saya terdengar Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin atau lebih dikenal sebagai Ustaz Amin berkongsi di stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) tentang tiga cara menjadi rajin.

Ustaz Amin berkata, kerajinan seseorang berkait dengan pemupukan tabiat seseorang bagi sesuatu perkara atau pekerjaan yang ingin dilakukan.

Katanya, jika kita berjaya mula dan konsisten lakukan tiga perkara utama di bawah, ia akan membentuk tabiat rajin untuk melakukan sesuatu perkara yang dikehendaki.

1) Sesuatu tabiat atau perkara yang ingin kita lakukan perlu ada pemula atau pencetus.

Hanya mulakan buat sesuatu yang diinginkan sudah cukup dianggap sebagai pemula. Jika ada pencetus atau penyebabnya, ia lebih baik untuk menjadi pemula dalam melakukan sesuatu.

Pemula, pencetus atau penyebab ini boleh jadi insiden tertentu yang menyebabkan kita perlu dan wajib mulakannya; boleh jadi juga ajakan daripada kawan-kawan atau saudara mara untuk mula melakukannya.

Selain itu, jika kalian berkesedaran tinggi dan mempunyai tekad untuk just do it, now or never semata-mata untuk kebaikan diri pun bagus juga sebagai pemula.

2) Kemudian, lakukan pengulangan terhadap perkara atau pekerjaan yang sudah dimulakan tadi.

Ulang perkara atau pekerjaan tersebut secara berkala mengikut jadual yang telah kita susun. Melakukan pengulangan pada setiap hari untuk tempoh tertentu lebih mudah untuk kita membentuk tabiat rajin itu.

Ada pengkaji tingkah laku manusia yang menyatakan bahawa sesuatu tabiat akan mula melekat dalam diri sekiranya kita buat pengulangan perkara yang sama selama minimum 21 hari berturut-turut.

Bagaimanapun, secara am, pengkaji dari University College London, Phillippa Lally berkata, pemupukan tabiat berlaku selepas 66 hari, namun ada juga tabiat yang memerlukan pengulangan kerja yang lebih lama iaitu antara sehingga 254 hari. Ia bergantung kepada tahap kesukaran pekerjaan tersebut.

3) Perkara atau pekerjaan yang dilakukan mesti dirasai manfaatnya selepas beberapa tempoh masa.

Tabiat baik akan menghasilkan kesan atau manfaat yang baik juga. Sebolehnya lakukan perkara yang memberikan kebaikan bukan sahaja untuk diri sendiri malah orang lain.

Kadang-kala ada juga tabiat baik yang kita rasakan hanya beri faedah untuk perkembangan peribadi kita, tetapi sebenarnya turut memberi kebaikan kepada orang di sekeliling kita.

Contohnya apabila kita berjaya bangun awal pagi dan cuba tidak tidur semula selepas Subuh dengan cara menyediakan sarapan untuk keluarga atau ibu-bapa kita.

Tabiat ini bukan saja beri kebaikan kepada diri kita malah ia menggembirakan ahli keluarga dan ibu bapa kita juga. Kenyang perut, sukalah hati! Hehe.

Contoh lain, jika kita berjaya lakukan senaman dan menjaga pemakanan dengan betul setiap hari, lama-kelamaan pengurangan berat badan akan nampak ketara kan?

Hah ini bukan saja buat kita rasa lebih sihat tetapi mungkin turut beri inspirasi kepada orang di sekeliling untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Mana tahu mungkin kalian dah boleh jadi coach gaya hidup sihat pula lepas ni. Haha.

Itu antara tip utama yang diberikan Ustaz Amin. Ada huraian yang saya tambah untuk lebih mudah faham.

Sebenarnya banyak lagi tip-tip atau cara-cara sampingan yang boleh menyumbang kepada kerajinan seseorang. Ini hanya tip ringkas sebagai pemula.

Jika ada, boleh kongsikan tip-tip kalian di ruang komen di bawah ya!

Saya pun masih terkial-kial membentuk beberapa tabiat baik yang baru. Apa yang penting, jom senaraikan tabiat baru yang kita rancang nak mula buat, kemudian pilih masa atau tarikh untuk mulakannya. Lepas tu, ikut tip Ustaz Amin di atas.

Semoga kita semua sama-sama dipermudahkan untuk memulakan sesuatu yang berguna dan mengekalkan amalan itu sampai bila-bila.

Biar jumlahnya sedikit, tetapi amalannya berterusan. Teringat sebuah hadis Nabi Muhammad SAW ini:

Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (Hadis Riwayat Bukhari, No. 6465)

Yes! Jom mula!~❤️NH

Kredit gambar: Adina Voicu from Pixabay

Nurhasyima H.
Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.”

Kongsikan Di:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn

Like this:

Like Loading...

Related

Hai! Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini :Cancel reply

TRANSLATE THIS BLOG

SALAM KENAL

Nurhasyima H.

Nurhasyima H.

Tiga puluh tujuh. Kosong tujuh. Eks-jurnalis. Pendiam tetapi sedikit riuh dengan yang dipercayainya. Suka melihat langit; menulis coretan; membelek buku; berjalan-jalan; dan belayar ke pulau kapuk. Bersandar kepada “ada tidak semestinya beruntung; tiada tidak semestinya rugi.” Right now, positivity and joy are my priorities. ❤🎈 _ Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi boleh e-mel di hello.reflectandrelax@gmail.com.

View Full Profile →

PETI SURAT

hello.reflectandrelax@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, usahasama, ulasan produk, cadangan atau cerita yang ingin dikongsi. 🙂

Titipan Terbaru

  • Resepi & Cara Masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat
  • 7 Jenis Kesalahan Yang Dimaafkan Allah
  • Cara Mudah Untuk Teruskan Amalan Selepas Ramadhan (Ramadhan Activity Checklist)

TITIPAN HOT

  • 51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
    51 Kelebihan Selawat Untuk Nabi Muhammad SAW
  • Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
    Lokasi Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran
  • Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
    Resepi dan Cara Masak Sayur Labu Siam Goreng
  • Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
    Sedihnya Apabila RM70 Bilion Harta Pusaka Orang Islam Belum Dituntut Waris
  • 5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah
    5 Ubat Hati Rindu, Lalai & Resah

TITIPAN LALU

KATEGORI

  • JALAN² (7)
  • MAKAN² (17)
  • RAWAK (2)
  • REFLEKSI (5)
  • SERVIS (1)
  • TIPS (11)

Tags

#Allah #alquran #bertam #checklist #halal #hatyai #inspirasi #islam #jalanjalan #jjcm #jurnalseoulsisters #karipap #kedah #kembaramusimluruh #kepalabatas #koreaselatan #kuih #pulaupinang #makanmakan #muhammadsaw #puasa #ramadan #ramadhan #rawak #refleksi #resepi #seafood #seoul #tempatmakan #tempatmenarik #thailand #tok australia ibadah inspirasi membawang poskad r&r reflect sedekah solat surau sydney syukur timbangrasa tips

NAK CARI APA TU?

JEJAK

  • 72,546 hits

PENAFIAN

Isi kandungan dalam weblog Reflect & Relax ini hanya penulisan santai berdasarkan pengalaman & pendapat peribadi penulis.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kesan & akibat yang berlaku ke atas pembaca yang menggunakan mana-mana maklumat & perkongsian yang diambil daripada weblog ini.

Sebarang maklumat yang diambil daripada weblog ini untuk tujuan penerbitan rasmi dalam mana-mana medium perlu dimaklumkan kepada penulis terlebih dahulu dan/atau mesti diletakkan kredit serta pautan asal weblog ini.

Terima kasih.

Reflect&Relax

  • X
©2025 Reflect & Relax | Design by Superb
%d